Ninja Serang Bandar Kuching Dengan Bunga Ros!

NINJA SERANG BANDAR KUCHING DENGAN BUNGA ROS!

 

Jika anda berada di sekitar bandar Kuching dan didatangi oleh sekumpulan ninja yang ingin memberikan bunga ros, jangan takut dan jangan lari! Misi utama ninja ini adalah untuk menyebarkan cinta dan perasaan kasih sayang kepada seluruh orang ramai.

Ninja Serang Bandar Kuching Dengan Bunga Ros!

Ninja Serang Bandar Kuching Dengan Bunga Ros!

Rakaman video berdurasi 5 minit dengan tajuk #Ninjas Strike Kuching, Sarawak! #NinjaLove ini dimuatnaik ke laman sosial YouTube yang memaparkan aksi empat ninja ini memberikan bunga ros kepada orang ramai dengan tujuan untuk menyebarkan kasih sayang. Video ini juga mendapat banyak tontonan dari orang ramai dan viral di laman sosial.

Salah seorang anggota ninja tersebut, Chai Lee Lee menyatakan apa yang mereka lakukan ini adalah sebagai sumber inspirasi untuk orang ramai menyebarkan sifat dan semangat postitif serta kasih sayang kepada seluruh manusia di dunia ini tanpa mengira warna kulit dan agama mereka.

Tambah Chai lagi, misi yang mereka lakukan ini adalah hanya permulaan sahaja dan banyak lagi kejutan yang akan mereka lakukan pada masa akan datang nanti.

Teruskan usaha dan niat murni anda Ninja! Jom tengok video mereka yang sangat menarik ini.

 

 

 

 

Sumber : Saja Kongsi

Loading...

Leave a Reply