Kisah cinta wanita sanggup kahwini lelaki meskipun hanya ada 4 bulan untuk hidup

Kisah cinta wanita sanggup kahwini lelaki meskipun hanya ada 4 bulan untuk hidup

Wanita Kahwini Lelaki Meskipun Hanya Ada 4 Bulan Untuk Hidup

Wanita Kahwini Lelaki Meskipun Hanya Ada 4 Bulan Untuk Hidup

Apabila Jennifer Carter dan teman lelakinya, Solomon Chau merancang untuk berkahwin pada bulan ini mereka tidak menyangka akan berdepan dengan tragedi yang menyedihkan.

Tregedi itu menyebabkan mereka terpaksa mempercepatkan tarikh perkahwinan kepada bulan April selepas Solomon dikesan menghidap kanser hati dan berada di tahap serius.

Tidak lama kemudian, selepas empat bulan perkahwinan berkenaan, pada usia 26 tahun, Solomon akhirnya menghembuskan nafas terakhir, iaitu hari di mana dia dan Jennifer sepatutnya berkahwin sebelum ini.

Ketika mengumumkan kematian suaminya dalam Facebook, Jennifer berkata, insan yang paling dikaguminya itu telah meninggal dunia semalam selepas lapan bulan bertarung nyawa.

“Solomon berjuang untuk meneruskan hidup. Dia optimis terhadap saya dan untuk itu, saya ingin merakamkan terima kasih kepadanya,’’ kata Jennifer.

Mereka berkenalan ketika Solomon mengadakan majlis hari jadinya yang ke-19 di rumahnya. Pada mulanya Jennifer tidak meminati Solomon namun akhirnya mereka mula keluar bersama dan Solomon juga berpindah ke Toronto untuk berada dekat dengan Jennifer.

solomon

Ketika itu Solomon berusaha keras untuk menjadi seorang chef dan pada bulan April tahun lepas, dia telah melamar Jennifer.

Mereka kemudiannya menetapkan tarikh perkahwinan pada 22 Ogos 2015, namun pada bulan Disember 2014, Solomon disahkan menghidap kanser.

Dia kemudiannya menjalani pembedahan membuang tumor berkenaan dan proses berkenaan dianggap sebagai berjaya. Bagaimanapun pada bulan Mac lalu, Solomon dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit perut.

Pemeriksaan lanjut mendapati kanser itu telah merebak semula dan lebih malang, Solomon berada pada tahap kritikal dan hanya mempunyai beberapa bulan untuk hidup.

Pasangan itu menubuhkan laman web GoFundMe untuk mendapatkan sumbangan dan hanya dalam masa beberapa hari, mereka berjaya mengumpulan kutipan sebanyak $50,000.

Solomon dan Jennifer kemudiannya berkahwin pada 11 April, namun malangnya, Solomon hanya bertahan selama empat bulan sebelum menghembuskan nafas semalam.

 

Sumber: MYNEWSHUB.CC

Loading...

Leave a Reply