Zahid sudah bertemu wakil keluarga penderma RM2.6 bilion

Zahid sudah bertemu wakil keluarga penderma RM2.6 bilion

Saya sudah bertemu wakil keluarga penderma RM2.6 bilion - Ahmad Zahid

Saya sudah bertemu wakil keluarga penderma RM2.6 bilion – Ahmad Zahid

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan secara peribadi sudah bertemu wakil keluarga dari Asia Barat, yang menderma RM2.6 bilion kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Zahir berkata dalam pertemuan itu, wakil keluarga terbabit menjelaskan Malaysia bukan satu-satunya negara yang menerima dana berkenaan, sebaliknya, keluarga berkenaan memaklumkan turut memberikan dana kepada negara lain.

“Saya berjumpa dengan Ketua Pegawai Pelaburan daripada penderma, serta pemegang amanah keluarga berkenaan, tidak perlu saya sebut nama, tetapi saya bertanya kenapa dana ini didermakan kepada Malaysia.

“Pihak ini memaklumkan Malaysia bukan satu-satunya negara yang menerima derma ini, tetapi juga negara Islam lain,” kata Zahid ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Sri Gading di Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

Mengulas lanjut, Zahir memberitahu, kesungguhan menentang keganasan antara sebab mengapa Malaysia jadi pilihan negara penderma itu memberikan dana.

Beliau memaklumkan, negara penderma juga mahu melihat UMNO dan Barisan Nasional kekal menjadi pemerintah di Malaysia.

Justeru, dana terbabit diberikan bagi memastikan kemenangan ketika pilihan raya umum ke-13.

“Kenapa perlu dibantu UMNO dan BN? saya tanya. Ada tiga sebab, satu, bahawa Malaysia cukup komited dalam gerakan anti keganasan,

“Ini jelas bahawa Malaysia ada undang-undang khas, POTA, SOSMA, kerana kita merupakan negara wasatiah sederhana kita tidak mahu ada pengganas-pengganas yg mengganggu negara Islam dan negara lain maka negara itu mengucapkan penghargaan terhadap komitmen Perdana Menteri kita,” jelas Zahid.

Zahid yang juga Naib Presiden UMNO juga menegaskan, dana tersebut bukan dari Kumpulan Wang Amanah Pencen, KWAP, seperti didakwa sesetengah pihak.

Malah, penyaluran dana kepada Presiden UMNO itu bukan bersifat rasuah.

“SPRM sahkan bahawa tidak ada rasuah yg dilakukan oleh PM sebaliknya dana itu adalah seratus peratus dana yg didermakan oleh keluarga berkenaan untuk kemenangan UMNO dan BN pada pilihan raya lalu,” tegas Zahid.

Sumber: Astro Awani

 

Loading...

Leave a Reply