Kisah Sedih Michai, Beruk Yang Cedera Akibat Terkena Mercun Akhirnya Mati Jua…

KISAH SEDIH MICHAI, BERUK YANG CEDERA AKIBAT TERKENA MERCUN AKHIRNYA MATI JUA…

 

Kini berlegar di media sosial satu gambar seekor beruk yang cedera tangannya akibat dari perbuatan kejam individu yang melontar mercun ke arah beruk berkenaan.

Menceritakan kisah kejadian, pengguna Twitter @zoologiMY memuat naik beberapa keping gambar di laman Twitter.

Kisah Sedih Michai, Beruk Yang Cedera Akibat Terkena Mercun Akhirnya Mati Jua...

Kisah Sedih Michai, Beruk Yang Cedera Akibat Terkena Mercun Akhirnya Mati Jua…

Menurut perkongsian tersebut, beruk tersebut, Michai, kini telah pun mati akibat dilanggar lari pada Sabtu lepas.

“Kisah beruk yang tangannya luka akibat terkena mercun. Kejadian berlaku bulan lepas di Taman TAR Ampang. Beruk yang diberi nama Michai oleh NGO yang menjaga kawasan tersebut cedera ditangannya akibat ada individu yang tidak bertanggungjawab melempar mercun bola. Mochai yang menyangka mercun itu adalah makanan dan mengambil lalu mercun tersebut meletup di tangannya. Lebih menyayat hati Michai telah dilanggar lari sabtu lepas dan mengalami kecederaan dalaman yang parah. Cubaan menyelamatkannya dengan membawa ke klinik haiwan gagal dan Michai telah mati.”

 

Versi satu lagi: 

Kejadian baling mercun ni berlaku pd bulan lepas di taman TAR ampang.. Tp pd sabtu minggu lepas dia telah dilanggar lari..

Beruk ini mati kerana Kecederaan dalaman terlalu parah selepas dilanggar lari…

Usaha menyelamatkan gagal.. Beruk ni di panggil michai oleh NGO yg secara sukarela menjaga tempat tersebut..

Kiriman: Zulharman

 

Perkongsian itu turut meminta agar pihak berwajib memantau aktiviti yang tidak bermoral seperti ini di kawasan tersebut.

“Banyak lagi kes penganiayaan dan pembunuhan hidupan liar di sana. Di harap pihak berwajib memantau aktiviti yang tidak bermoral oleh manusia yang tidak bertanggungjawab di sana”

 

 

Diharap agar pihak berkenaan tampil membuat sesuatu supaya kejadian yang sama tidak berulang.

Status oleh @zoologiMY itu kini viral dengan hashtag #JusticeForMichai

Terbakor: Ada yang kata Michai bukan mati sebab terkena mercun tapi sebab langgar lari. Kalau ada cerita yang betul tolong bagitau kami ye.

Sumber : SK

Loading...

Leave a Reply