5 Kriteria Yang Perlu Anda Ambil Kira Sebelum Membeli Kereta Baru

5 KRITERIA YANG PERLU ANDA AMBIL KIRA SEBELUM MEMBELI KERETA BARU

 

Membeli kereta adalah satu keperluan di kalangan rakyat Malaysia. Kereta menjadi keperluan apabila bertujuan untuk membawa kita dari titik A ke titik B sama ada untuk pergi ke tempat kerja, melancong, perjalanan bersama keluarga tersayang dan lain-lain. Oleh yang demikian, boleh dikatakan hampir setiap isi rumah mempunyai sekurang-kurangnya sebuah kereta.

Mencari sesebuah kereta ini lebih kurang seperti mencari calon isteri juga, ia bukannya mudah. Jadi pentingnya untuk anda mengetahui spesifikasi kereta yang ditawarkan sebelum membeli. Ini 5 kriteria yang perlu anda ambil kira sebelum membeli sebuah kereta:-

1. Penjimatan minyak

Dalam keadaan harga petroleum yang tidak menentu, anda harus mengambil-kira penggunaan minyak sesebuah kereta. Dengan city terbaru ini, ianya dikuasakan dengan enjin 1.5L SOHC i-VTEC serta menjanjikan penjimatan bahan api yang maksimum dan prestasi pemanduan yang mengujakan.

2. Ruang dalaman dan but yang lebih selesa serta luas

Ciri keselesaan sesebuah kereta juga amat penting. City terbaru menawarkan ruang kabin yang cukup luas untuk perjalanan jauh. Selain itu, anda juga perlu mencari kereta yang dilengkapi dengan “cup holders” untuk memudahkan dan meletakkan minuman kopi anda sama ada dingin atau panas yang baru anda beli di Starbucks.
City terbaru juga menawarkan ruang but paling besar untuk anda meletakkan beg baju, beg golf dan kereta sorong bayi.

3. Sistem Media/Audio Tercanggih

Pemanduan pastinya akan terasa sunyi dan bosan jika tiada muzik di dalam kenderaan. City terbaru dipasang dengan sistem audio berkualiti tinggi bersama paparan skrin sentuh antara muka bersaiz tujuh inci. Anda boleh mengawal audio dan peghawa dingin dengan menekan simbol pada skrin tersebut.

4. Ciri-ciri keselamatan

Dalam membeli kereta baru anda harus menimbangkan ciri-ciri keselamatan sesebuah kereta. Bagi aspek keselamatan pula, City ini dilengkapi dengam enam beg udara (varian V), Bantuan Kestabilan Kenderaan (varian E dan V), Isyarat Berhenti Kecemasan (varian E dan V), ABS, dan ISOFIX. Honda City telah menerima pengiktirafan 5 bintang daripada ASEAN NCAP bagi Perlindungan Penumpang Dewasa dan juga rating tertinggi untuk Pelindungan Penumpang Kanak-kanak.

5. Warna yang menarik

Satu kajian mendapati bahawa warna kenderaan paling popular ialah merah secara spesifiknya seperti warna terbaru Honda City ini iaitu Dark Ruby dan Red Pearl.

Pada pandangan kami, Honda City ialah kereta serba lengkap untuk anda yang ingin membeli kereta baru kerana ciri-ciri yang terdapat pada kereta ini sangat menarik dan terkini. Kepada mereka yang sudah membuat tempahan, tahniah kami ucapkan kerana anda sudah membuat pilihan yang tepat.

Sumber : Saja Kongsi

 

Loading...

Leave a Reply