Sikap Terpuji Pelajar Malaysia Dapat Perhatian Media Dan Netizens Di Jordan

SIKAP TERPUJI PELAJAR MALAYSIA DAPAT PERHATIAN MEDIA DAN NETIZENS DI JORDAN

 

Pada minggu lalu iaitu hari jumaat, menjadi viral di laman sosial di negara Jordan kelibat pelajar-pelajar Malaysia sedang berada di jalan-jalan utama di sekitar bandar utara Irbid.

Sikap Terpuji Pelajar Malaysia Dapat Perhatian Media Dan Netizens Di Jordan

Sikap Terpuji Pelajar Malaysia Dapat Perhatian Media Dan Netizens Di Jordan

Mereka berkumpul beramai-ramai bagi menjalankan aktiviti gotong royong membersihkan bandar berkenaan dan program berkenaan dikatakan selalu diadakan.

Kerana tersebarnya gambar berkenaan yang diambil oleh penduduk tempatan, netizens di sana memuji inisiatif pelajar-pelajar Malaysia berkenaan dan pada masa yang sama mereka menggesa penduduk-penduduk tempatan di kawasan berkenaan agar menjaga kebersihan dan bersama-sama menyertai program pembersihan berkenaan.

 

Program gotong-royong yang disertai oleh pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Yarmouk ini juga mendapat perhatian media negara berkenaan apabila The Jordan Times melaporkan aktiviti berkenaan.

Gambar-gambar yang dikongsi di laman sosial itu telah menarik beratus-ratus komen di mana ada yang memuji pelajar-pelajar berkenaan dan ada yang mengutuk tindakan penduduk di kawasan berkenaan yang tidak pandai menjaga kebersihan di mana jalan raya di sekitar bandar Irbid dipenuhi sampah sarap.

Moeen Mustafa menulis pada ruangan komen bahawa para penduduk membuang sampah di jalan raya sementara warga asing tolong membuang sampah untuk mereka.

“Semua respect kepada mereka, kesetiaan mereka bukan hanya pada negara mereka, bahkan juga di mana mereka tinggal”, komen Abla Wishah.

Yahya Bani Amer berkata, setiap enam bulan pelajar akan menjalankan kempen pembersihan di sekitar kawasan kampus universiti.

Dalam nada sarkastik Reem Mubarak berkata, pelajar-pelajar seolah-oleh hilang harapan kepada penduduk, maka mereka membuat keputusan membersihkan bandar itu sendiri.

“Tetamu membersih sementara penduduk hanya melihat” tulis Manar Khamayseh.

“Saya berharap pelajar Jordan (akan) mengambil inisiatif yang sama dengan membersihkan tempat-tempat di mana mereka tinggal”, komen Ebtisam Daoud.

Qais Mahmoud Irshaidat, orang pertama yang post gambar di akaun facebooknya berkata bahawa pelajar layak diberi kerakyatan Jordan kerana mereka mengetahui erti sebenar menjadi seorang warganegara.

Pelajar Malaysia membersihkan sampah penduduk Irbid,” tulis Irshaidat.

Menurut para pengguna media sosial, ini bukan kali pertama rakyat Malaysia melaksanakan inisiatif itu, kerana mereka juga telah mengumpul sampah dari jalan-jalan Irbid tahun lepas.

Sumber : SK

Loading...

Leave a Reply