Kedah muncul juara Liga Perdana tewaskan DRB Hicom

KEDAH MUNCUL JUARA LIGA PERDANA TEWASKAN DRB HICOM

 

Kedah muncul juara Liga Perdana selepas membenam DRB Hicom 5-1 pada aksi terakhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Kedah mendahului seawal minit ketiga hasil jaringan Sandro Da Silva.

Bagaimanapun, DRB Hicom cepat menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Ivan Babic pada minit ketujuh sebelum ketinggalan sekali lagi apabila penyerang import Kedah, Chidi Edeh melepasi perangkap ofsaid untuk menjaringkan gol kedua pada minit kesembilan.

Kedah muncul juara Liga Perdana tewaskan DRB Hicom

Kedah muncul juara Liga Perdana tewaskan DRB Hicom

Kedah melebarkan kedudukan hasil sepakan percuma Sandro pada minit ke-31 untuk gol ketiga sebelum tamat separuh masa pertama.

Babak kedua perlawanan bermula dengan gol pada minit ke-49 menerusi gerakan solo Chidi Edeh sebelum Kedah semakin selesa di hadapan dengan gol terakhir perlawanan menerusi jaringan hatrik Sandro Da Silva pada minit ke-78.

Kemenangan itu membolehkan skuad Helang Merah meraih tiket ke Liga Super musim depan bersama Pulau Pinang yang muncul naib juara apabila menewaskan UiTM FC 2-0 di Stadium Hang Jebat di Melaka dan T-Team kalah 1-2 kepada Kuantan dalam aksi di Stadium Darul Makmur di Kuantan.

Selain membawa pulang Piala Liga Perdana, Kedah turut menang wang tunai berjumlah RM300,000.
Keputusan penuh:

> DRB Hicom 1-5 Kedah
> Kuantan 2-1 T-Team
> UiTM 0-2 P Pinang
> Sabah 1-2 JDTII
> SPA Putrajaya 0-3 PKNS
> Negeri Sembilan 2-1 Kuala Lumpur

Sumber : Metro

Loading...

Leave a Reply