Ayah Bawa Lari Wang Bersama Isteri Baru, Budak Ini Menyesal Mengemis Untuk Bantu Ayahnya Dahulu

AYAH BAWA LARI WANG BERSAMA ISTERI BARU, BUDAK INI MENYESAL MENGEMIS UNTUK BANTU AYAHNYA DAHULU

 

Dia ditinggalkan bapa kandungnya, meskipun sebelum ini dia juga menyelamatkan nyawa ayahnya itu.

Wang Menghao, 11, meminta sedekah di jalanan di Zhengzhou, China, ketika dia berusia enam tahun untuk mengumpulkan wang bagi membiayai rawatan hospital bapanya.

Bagaimanapun, dalam satu temu bual de­ngan People Daily On­line pada 10 Ogos lalu, dia menceritakan bapanya meninggalkannya selepas mencuri semua wang derma hasil pemberian orang ramai.

Cerita ini bermula pada 2011 apabila pemberita terlihat seorang budak lelaki berusia enam tahun mengemis sambil berlutut di luar stesen kereta api Zhengzhou.

Ayah Bawa Lari Wang Bersama Isteri Baru, Budak Ini Menyesal Mengemis Untuk Bantu Ayahnya Dahulu

Ayah Bawa Lari Wang Bersama Isteri Baru, Budak Ini Menyesal Mengemis Untuk Bantu Ayahnya Dahulu

Selepas siasatan, didapati budak lelaki itu cuba mengumpulkan wang untuk bapanya yang terlentang sakit di sebuah pondok berdekatan.

Bapanya, Wang Lidong memberitahu pemberita dia cedera dalam kemalangan kereta pada 2009 dan sejak itu dia tidak mampu bekerja.

Ibu Wang Menghao pula meninggalkan mereka ketika Menghao berusia tiga bulan, tapi si ibu membawa kakak Menghao yang berusia 15 tahun bersama.

Menghao mengemis hampir setahun ketika pemberita menemuinya.

Dia dirakam dalam satu laporan video dengan mengatakan beberapa perkara seperti: “Saya tidak boleh makan daging. Badan saya akan gemuk dan berlemak dan kemudian tiada siapa akan memberi saya wang lagi”.

Kisahnya itu menawan hati ribuan rakyat Cina yang membantunya membuka akaun bagi membolehkan derma dikutip untuk Menghao dan bapanya.

Beberapa sukarelawan dilaporkan turut melawat keluarga Menghao untuk membaiki bumbung rumah yang bocor.

Menghao dihantar balik ke kota kelahirannya di Zhumadian, China, untuk mengikuti sekolah rendah yang turut menaja pembelajarannya.

Baru-baru ini, apabila pemberita mahu melawat Menghao, mereka terkejut dan mendapati dia hidup dalam kemiskinan selepas ditinggalkan bapanya.

Ia berlaku tidak lama selepas mereka kembali ke Zhumadian.

Namun, bapanya pulang menjenguk dengan isteri baru sebelum menghilang­kan diri semula, meninggalkan Menghao bersama datuk dan nenek yang sangat tua.

Menurut Menghao dan datuknya, wang yang diterima menerusi derma dulu semuanya lesap.

Bercakap dalam satu temu bual, Menghao berkata: “Ayah memberitahu yang dia membawa saya ke Zhengzhou untuk bermain.

“Apabila kami tiba di sana, ayah menyuruh saya mengemis dan barulah dia membelikan saya makanan dan mainan.

“Saya menyesal kerana mengemis di jalanan bersama ayah. Saya sepatutnya belajar di sekolah rendah tetapi sebaliknya saya mensia-siakan masa setahun dalam hidup saya,” katanya.

Dengan linangan air mata, Menghao menambah: “Ibu bapa saya adalah mafia.

“Mereka membawa pelbagai perkara buruk ke zaman kanak-kanak saya dan saya akan mengingatinya selama-lamanya,” katanya.

Namun, tidak jelas sama ada pihak berkuasa tempatan ada menawarkan apa-apa bantuan tambahan kepada kanak-kanak itu.

Sumber : Metro

Loading...

Leave a Reply