[8 Gambar] Subhanallah..! Gambar awan ribut di langit Kota Bharu jadi viral

[8 GAMBAR] SUBHANALLAH..! GAMBAR AWAN RIBUT DI LANGIT KOTA BHARU JADI VIRAL

 

Kemunculan awan ribut seperti ombak di bandar ini kira-kira 5 petang tadi adalah fenomena biasa akibat taufan di utara Filipina.

Gambar awan itu menjadi ‘viral’ di laman sosial Facebook petang tadi dengan ramai yang mengungkapkan ‘Subhanallah’ kerana ia tanda kebesaran Allah SWT.

Pegawai Meteorologi Kanan, Pusat Cuaca Nasional Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, garisan awan begitu yang dinamakan ‘Garis Badai’ turut membawa bersama angin kencang dan hujan lebat di sesetengah tempat.

“Disebabkan kehadiran taufan di utara Filipina yang bergerak ke arah Taiwan, maka di sebelah utara semenanjung dan Pantai Timur juga berlaku pembentukan awan begini.

“Ia cuma melintasi dari Kedah ke Kelantan menghala ke Laut China Selatan, untuk ke arah taufan berkenaan. Mengikut radar cuaca, pergerakannya adalah pada 5 petang hingga 6 petang.

[8 Gambar] Subhanallah..! Gambar awan ribut di langit Kota Bharu jadi viral

[8 Gambar] Subhanallah..! Gambar awan ribut di langit Kota Bharu jadi viral

“Laluannya membawa bersama hujan dan angin kencang yang kemudian membentuk Garis Badai ini, kadangkala disertai awan ribut,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Dr Hisham berkata, fenomena awan ribut itu juga diramal berlaku selama tiga hari lagi sehingga 24 Ogos.

Katanya, orang ramai tidak perlu bimbang dan dinasihatkan tidak mudah membuat spekulasi yang bukan-bukan, sebaliknya merujuk laman web Meteorologi Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai perubahan cuaca.

Sumber : Metro

Loading...

Leave a Reply