Seorang lebai alim menuntut di universiti dalam pengajian Islam kantoi ditangkap khalwat dengan pasangan bertudung hijab

Seorang lebai alim menuntut di universiti dalam pengajian Islam kantoi ditangkap khalwat dengan pasangan bertudung hijab

‘Lebai’ terkulai

‘Lebai’ terkulai

 

Penampilan alim dengan mengenakan kopiah dan bertudung hijab. Namun itu bukan jaminan buat sepasang kekasih mampu melawan hawa nafsu apabila ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kerana berkhalwat.

Pasangan masing-masing berusia 17 dan 20 tahun itu ditahan anggota penguat kuasa JAWI di sebuah hotel di Brickfields di sini, jam 1 pagi kelmarin.

Lebih memalukan suspek lelaki dikatakan menuntut di universiti awam dalam jurusan pengajian Islam, manakala pasangannya di sebuah universiti swasta di Lembah Klang.

Ketua Penguat kuasa JAWI Wan Jaapar Wan Ahmad berkata, pihaknya mengambil masa 10 minit mengetuk pintu bilik hotel dihuni pasangan itu.

Menurutnya, penuntut universiti itu akhirnya memberi kerjasama membuka pintu bilik sebelum memakai pakaian masing-masing.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

 

Sumber: Harian Metro

Loading...

Leave a Reply