Pelajar Malaysia Dinobatkan Juara Dunia Microsoft Office Specialist 2015 Bagi Microsoft PowerPoint 2010

PELAJAR MALAYSIA DINOBATKAN JUARA DUNIA MICROSOFT OFFICE SPECIALIST 2015 BAGI MICROSOFT POWERPOINT 2010

 

Admon Lee Wen Xuan, merupakan johan bagi pertandingan perisian Microsoft PowerPoint. Dia dinobatkan Juara Dunia Microsoft Office Specialist 2015 bagi Microsoft PowerPoint 2010.

Pengumuman dan pemilihan juara ini telah dibuat oleh kumpulan Certiport, pembekal penyelesaian penyampaian ujian bagi tenaga kerja global dan pasaran akademik. Pelajar berusia 16 tahun ini ditaja oleh Litespeed Education Programmes Sdn Bhd.

Pelajar Malaysia Dinobatkan Juara Dunia Microsoft Office Specialist 2015 Bagi Microsoft PowerPoint 2010

Pelajar Malaysia Dinobatkan Juara Dunia Microsoft Office Specialist 2015 Bagi Microsoft PowerPoint 2010

Pertandingan yang memasuki edisi ke 14 ini, Microsoft Office Specialist World Championship (MOSWC) menarik minat sebanyak 600,000 penyertaan untuk mempamerkan bakat calon dan penguasaan mereka dalam produk Microsoft Office.

145 pelajar dari 47 negara berentap sesama mereka pada pusingan akhir bagi merebut gelaran juara. Tempat kedua dimenangi oleh pelajar dari Kemboja yang bernama Kong Divin dan tempat ketiga pula ialah pelajar dari Vietnam yang bernama Nguyen Thi Hien Gia.

Admonn membawa pulang biasiswa bernilai US$5000. Upacara penganugerahan ini berlangsung di Gaylord Texan Grapevine Resort di Dallas, Texas Amerika Syarikat.

Sumber dari Harian Metro.

Sumber : Saja kongsi

Loading...

Leave a Reply