Netizen: Ada baiknya foto pengantin solat dalam pakaian ketat tersebar

NETIZEN: ADA BAIKNYA FOTO PENGANTIN SOLAT DALAM PAKAIAN KETAT TERSEBAR

 

SEMALAM tersebar foto sepasang pengantin baharu yang menunaikan solat sunat selepas akad nikah mendapat perhatian pengguna laman sosial.

Pakaian pengantin perempuan yang tidak bersesuai serta kedudukan makmum wanita yang salah menjadi kritikan netizen.

Netizen: Ada baiknya foto pengantin solat dalam pakaian ketat tersebar

Netizen: Ada baiknya foto pengantin solat dalam pakaian ketat tersebar

Tinjauan di laman-laman sosial mendapati, netizen mempunyai pandangan yang berbeza mengenai gambar ini.

Namun rata-ratanya menyifatkan penyebaran gambar ini sebagai satu peringatan yang baik untuk mengelakkan kejadian yang sama berulang.

“Peringatan terbaik untuk kita semua, bagi saya tidak mengaibkan, tidak nampak muka pun. Peringatan ini bukan untuk kita sekarang sahaja, tetapi juga untuk anak-anak kita nanti, untuk generasi akan datang,” komen Seri Wangi Safar.

Abi Nur pula menulis, perkara yang tidak disengajakan, semoga ALLAH Taala memaafkan pasangan ini dan memberi kecerahan ilmu tentang ibadah dalam agama Islam.

Sementara itu, ada di antara netizen turut mempertikaian sebab penyebaran gambar ini dan menganggap ia mengaibkan pasangan tersebut.

QueenUfairah HaWish menulis, “kalau ikhlas nak tegur..tak perlulah tunjukkan gambar dia pada umum. Kalau pengantin tu depan mata tegur jelah terus mereka.

“Tapi kalau nak dijadikan pengajaran hanya taip sajalah untuk peringatan semua. Kalau dia bertaubat atas kesilapan dia, tentu ALLAH ampunkan. Ini kita yang hebahkan gambar dia macam ni dan orang keliling mengata itu ini.. kalau mereka tak maafkan.. susah nanti.”

Sumber : Sinar

Loading...

Leave a Reply