CEO CIMB Bank meletak jawatan

CEO CIMB Bank meletak jawatan

CEO CIMB Bank letak jawatan

CEO CIMB Bank letak jawatan

CIMB Bank mengumumkan peletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkuat kuasa 22 November 2015.

Sulaiman akan bercuti bergaji berkuat kuasa serta-merta, kata bank berkenaan dalam satu kenyataan, hari ini.

Bank itu berkata, ia telah mula mencari pengganti dan buat sementara telah melantik Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan CIMB, Shahnaz Jammal sebagai orang yang bertanggungjawab kepada CIMB Bank.

“Kami menghormati keputusan Sulaiman itu. Beliau telah memainkan peranan penting dalam pertumbuhan francais pengguna kami dan telah memberi sumbang besar kepada kejayaan CIMB,” kata Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, Tengku Datuk Zafrul Aziz. – Bernama

 

Sumber: Harian Metro

Loading...

Leave a Reply