Saya Tidak Akan Turun Kerana 3 Juta Ahli UMNO Ada Bersama Saya – PM Najib Razak

SAYA TIDAK AKAN TURUN KERANA 3 JUTA AHLI UMNO ADA BERSAMA SAYA – PM NAJIB RAZAK

 

Disebalik desakan yang meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan, Najib semalam telah menegaskan beliau tidak akan meletak jawatan kerana terdapat tiga juta ahli UMNO masih teguh menyokong pentadbirannya.

Sebagai seorang pemimpin yang dipilih secara sah berdasarkan perlembagaan parti, adalah perlu dia diberi ruang untuk berkhidmat dengan baik kepada rakyat.
 
“Berkat dari sokongan Umno yang saya rasa masih jitu dan ampuh, suara seorang suruh saya turun, saya tidak akan turun sebab 3 juta ahli Umno ada bersama saya.

 Saya Tidak Akan Turun Kerana 3 Juta Ahli UMNO Ada Bersama Saya - PM Najib Razak

Saya Tidak Akan Turun Kerana 3 Juta Ahli UMNO Ada Bersama Saya – PM Najib Razak

    
“Bukan saya angkuh tetapi saya telah dipilih (sebagai Presiden Umno) jadi jangan ganggu saya melakukan yang terbaik.
    
“Ada kata saya tidak bijak kerana buang sistem kuota untuk bertanding presiden parti, tetapi saya mahu parti kita lebih inklusif lebih demokratik maka saya serah kepada ahli Umno tentukan,” katanya dipetik dari laporan Bernama ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kota Melaka di Bandar Hilir di sini hari ini.
 
Selain itu ahli UMNO perlu memberikan sokongan kepadanya bukan sekadar hal peribadi tetapi kerana dia adalah Presiden UMNO.

“Sokongan kepada saya bukan kerana saya Najib bukan kerana sebab peribadi, sokongan kuat perlu diberi kepada Presiden Umno kerana tidak boleh ada Presiden Umno yang lemah untuk pastikan parti kita terus berjaya.”

“Kalau kita pilih jalan pertengahan kita pilih jalan wasatiyyah dalam Islam maknanya, kalau kita bersatu, setia kepada ketua, kita bekerja keras, kalau kita berkhidmat pada rakyat, kalau kita jaga kemaslahan rakyat, jaga agama semua kaum Insya-ALLAH kita boleh menang (pilihan raya),” katanya.

Dia turut mengingatkan UMNO supaya memberi fokus kepada rakyat kerana pada amsa kini rakyat lebih melihat kepada keupayaan untuk ‘meletak makanan di atas meja’.

“Rakyat nak bumbung di atas mereka, hendak rezeki halal, hendak sekolah dan pendidikan inilah perkara yang perlu kita fokus. Soal 1MDB bukan segalanya macam dunia nak kiamat; siling nak runtuh, ini bukan ‘defining issue’,” katanya.

Selain itu beliau mengingatkan ahli UMNO, jangan semasa UMNO sedang kuat kita sokong tetapi ada masalah kita ‘tebuk’ UMNO.

Sumber : SK

Loading...

Leave a Reply