Anis Al Idrus Anggap Putus Dengan Sharnaaz Ahmad Jalan Terbaik

ANIS AL IDRUS ANGGAP PUTUS DENGAN SHARNAAZ AHMAD JALAN TERBAIK

 

TIADA angin, tiada ribut, Sharnaaz Ahmad yang tidak pernah mengakui sedang bercinta bersama Anis Al Idrus tiba-tiba mengesahkan hubungannya bersama pelakon jelita itu sudah berakhir sejak lima bulan lalu.

Bercakap kepada mStar Online, Anis Al Idrus memberitahu keputusannya berpisah dengan pelakon Sharnaaz adalah jalan terbaik untuk masa depan masing-masing.

Anis Al Idrus Anggap Putus Dengan Sharnaaz Ahmad Jalan Terbaik

Anis Al Idrus Anggap Putus Dengan Sharnaaz Ahmad Jalan Terbaik

“Seperti yang diberitahu bahawa kami sudah lama berpisah sejak lima bulan lalu dan saya anggap ia sebagai tiada jodoh antara kami.

“Bukan senang juga untuk buat keputusan dan kami rasa ini adalah jalan terbaik setelah memikirkannya secara mendalam.

“Saya tidak akan beritahu kenapa dan punca kami berpisah kerana sebarang kenyataan kami nanti akan mengaitkan keluarga kedua-dua belah pihak.

“Biarlah kami sahaja yang tahu dan menjadi rahsia kami,” ujarnya.

Tambahnya, dia sudah tidak berhubung dengan Sharnaaz Ahmad sejak lima bulan lalu dan percaya perpisahan ini merupakan ujian Allah dan mempunyai hikmah tersendiri. – MYNEWSHUB.CC

Sumber : Mynewshub

Loading...

Leave a Reply