Comelnya! Panda Menipu Mengandung Untuk Dapat Layanan Istimewa

COMELNYA! PANDA MENIPU MENGANDUNG UNTUK DAPAT LAYANAN ISTIMEWA

 

Aikā€¦.panda pun pandai menipu. Jangan terkejut apabila seekor panda di zoo Taiwan berjaya memperdayakan orang ramai dengan menipu konon mengandung untuk membolehkannya menerima layanan istimewa daripada pihak zoo.

Panda itu yang dikenali sebagai Yuan Yuan, pernah mendapat keistimewaan ditempatkan dalam bilik berhawa dingin, penjagaan sepenuh masa dan mendapat makanan buah-buahan segar serta buluh ketika mengandung pada 2013.

Comelnya! Panda Menipu Mengandung Untuk Dapat Layanan Istimewa

Comelnya! Panda Menipu Mengandung Untuk Dapat Layanan Istimewa

Susulan itu Yuan Yuan berkelakuan seolah-olah dia mengandung kali kedua bagi mendapatkan layanan sama.

Tanda fizikal yang disangka oleh pengurusan zoo bahawa Yuan Yuan mengandung adalah peningkatan selera makan, rahim menjadi tebal dan peningkatan kepekatan progestoran pada najisnya.

Keadaan itu sama seperti panda itu mengandung sebelum ini.

Namun selepas pakar dari China diterbangkan ke Taiwan, barulah mereka mengetahui bahawa Yuan Yuan tidak mengandung, berdasarkan kepada ujian ultrasound.

Menurut pakar, Yuan Yuan memahami perbezaan layanan yang diterimanya apabila mengandung dan ketika tidak mengandung.

Yuan Yuan dihadiahkan oleh kerajaan China kepada Taiwan pada 2008. Panda itu didatangkan berpasangan dengan Tuan Tuan.

Sumber : MYNEWSHUB.CC

Loading...

Leave a Reply