Diva Azwan Ali nak ganti Zahid Hamidi jadi Timbalan Perdana Menteri

Diva Azwan Ali nak ganti Zahid Hamidi jadi Timbalan Perdana Menteri

Azwan Ali mahu ganti Zahid jadi TPM Malaysia.. #rombakankabinet #zahidhamidi

Azwan Ali mahu ganti Zahid jadi TPM Malaysia.. #rombakankabinet #zahidhamidi

Dalam satu status yang dimuatnaik ke laman sosial Twitternya, adik kepada Menteri Besar Selangor, Azwan Ali menyatakan bahawa tidak mustahil dirinya bakal menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia suatu hari nanti..

Sambil merujuk kepada pengguguran TS Muhyiddin Yasin semalam yang digantikan dengan DS Zahid Hamidi, adik kepada Azmin Ali tersebut juga meletakkan hashtag #VOTEFORDIVAAA di status tersebut.

Azwan Ali yang sebelum ini teruk dikritik oleh netizen kerana perbuatannya yang gemar memaki hamun didalam Twitter, juga pernah bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri.

Azwan Ali yang mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Undang-undang pernah menyatakan kepada media diawal pembabitan beliau sebagai artis, bahawa cita-citanya adalah untuk menjadi Perdana Menteri sejak beliau belajar di ITM lagi.

Menurutnya lagi ketika itu, bidang politik juga menjadi minat beliau sehingga sering menjadi perlian kawan-kawan yang sama belajar ketika itu.

Kini selepas Azmin serta Umi Hafilda boleh dikatakan berjaya didalam bidang politik masing-masing, mampukah Azwan Ali pula mengekori jejak abang dan kakaknya itu?

Dengan mulut lantang serta tak pedulikan sensitiviti orang lain ketika bercakap, mungkin Azwan Ali mampu berjaya didalam politik jika bergandingan dengan Mat Sabu didalam GHB..

 

Sumber: Utaranews.com

Loading...

Leave a Reply