Fynn Jamal Nasihat Peminat Jangan Terlalu Fanatik Meminatinya

FYNN JAMAL NASIHAT PEMINAT JANGAN TERLALU FANATIK MEMINATINYA

 

Tidak mahu peminat terlalu mengangkat dirinya paling tinggi, Fynn Jamal dalam masa yang sama menasihatkan agar peminatnya tidak terlalu fanatik ataupun bersifat keterlaluan. Selain itu, ada juga yang menyifatkan penyanyi ini sebagai sombong.

“Tidak salah minat saya tapi jangan keterlaluan. Gelaran idola itu membuatkan saya takut jika tidak dapat melakukan sesuatu yang orang lain boleh contohi. Jika ada komen yang menyakitkan hati, saya terus buang atau sekat orang itu”

Fynn Jamal Nasihat Peminat Jangan Terlalu Fanatik Meminatinya

Fynn Jamal Nasihat Peminat Jangan Terlalu Fanatik Meminatinya

“Saya tidak mahu komen itu mengundang pergaduhan sesama peminat. Ini bukan kali pertama saya dengar perkara ini (dilabel sombong oleh orang luar). Mungkin sebab secara luaran dan penulisan puisi saya yang agak ‘keras’ membuatkan mereka berkata demikian”

“Tapi itu semua bukan realiti, kenal dulu baru tahu saya macam mana. Ramai pada mulanya berkata saya sombong, tapi apabila jumpa mereka terus minta maaf. Sebabnya mereka salah anggap dan percaya apa yang ditulis di laman sosial. Jangan nilai seseorang itu secara luaran sahaja,” jelas Fynn Jamal.

Sumber : Rotikaya

Loading...

Leave a Reply