Abang Ipar Dan Keluarga Menyemak Dalam Rumah Aku

ABANG IPAR DAN KELUARGA MENYEMAK DALAM RUMAH AKU

 

Saya nak tanya macam mana nak halau orang yang menumpang rumah berbulan2 ni? Abang ipar dapat kerja dekat dengan rumah saya, sebelum ni dia duduk rumah mertua (mak ayah dia) which is jauh le jugak. Kebetulan, rumah saya pulak dekat dengan tempat kerja baru dia jadi dia datang la menumpang. Angkut anak bini sekali. Anak kecik lagi umur setahun lebih. Duduk rumah saya satu sen tak bagi duit bayar sewa ke api air ke. Ni dah masuk bulan ketiga dia duk sini. Saya taktau la kenapa tak nak menyewa. Suka kot barang free.

Abang Ipar Dan Keluarga Menyemak Dalam Rumah Aku

Abang Ipar Dan Keluarga Menyemak Dalam Rumah Aku

Haritu terpaksa tipu dia cakap mak ayah saya dari kampung nak duk sini, pastu pandai pulak dia balik rumah mak ayah dia sendiri. Tapi semalam dia mesej tanya nak balik rumah saya boleh ke, saya tak reply. Alih2 sampai depan rumah bukak pagar. Saya dah la tengak seksi mekci kat dalam. Huiii naik angin betul. Kunci rumah memang dia pegang spare sebab dia dengan bini dia kerja shift. Kalau kena dia shift tengahari dalam pukul 11 malam dia sampai la rumah. Lega la sikit boleh lepak tengok tv dengan husband, tak payah nak bertudung2 kat rumah sendiri.

Selama dia ada, astro tu dia sekeluarga je pegang. Saya berkurung dalam bilik. Susahnya dengan aurat lagi, dia relax je tak berbaju kat rumah. Dalam toilet toksah cakap la gantung boxer2 dia. Nak ajak kawan datang rumah pun malu. Dengan rumah bau rumah indon sebab dia isap suria. Huuu takde rasa hormat langsung.

Abang ipar saya ni bukanlah orang senang. Selalu bertukar kerja. Asik2 takde duit. Husband saya kesiankan abang dia walaupun husband saya sendiri tak tahan, husband saya cakap lepas raya ni dia kena cari rumah sendiri la. Tapi saya tahu husband saya masih tak sampai hati nak halau. Yela dengan tengok muka anak kecik dia lagi. Kesian kat budak tu aje.

Stress saya ni terbawa2 sampai makan minum husband saya tak jaga. Bini dia pulak jenis yang balik kerja untuk tido aje. Husband dia lapar, dia suruh mamat tu masak sendiri. Kadang2 saya selesai masak makan malam saya kemas dapur semua. Bangun pagi esok tengok dapur mak aihhhhh, kuali lintang pukang. Saya tau la abang ipar yang masak, dan dia tak kemas. Husband saya sendiri pun pandai kemas dan tak mcmni walaupun ni rumah dia.

Sumber : Berita Premium

 

Loading...

Latest Comments

Leave a Reply