12 hero motosikal kejar kereta dilarikan penjenayah sebaik menyedari ada 3 budak didalamnya

12 hero motosikal kejar kereta dilarikan penjenayah sebaik menyedari ada 3 budak didalamnya

12 hero motosikal

12 hero motosikal

Semenyih: Sekumpulan kira-kira 12 penunggang motosikal nekad mengejar sebuah kereta yang dilarikan seorang penjenayah sejurus menyedari ada tiga kanak-kanak di dalam kenderaan itu.

Dalam kejadian jam 1 pagi semalam, pemilik kereta model Honda City itu dikatakan memberhentikan keretanya berhampiran sebuah pasar raya di Taman Pelangi Semenyih di sini, untuk pergi ke tandas berhampiran.

Difahamkan tiga anak mangsa berusia lima hingga lapan tahun ditinggalkan di dalam kereta itu sebelum penjenayah mengambil kesempatan melarikan kenderaan itu.

Difahamkan, bapa kanak-kanak itu pergi ke tandas sebelum diekori isterinya bersama seorang lagi anak perempuannya berusia dua tahun.

Mereka sekeluarga baru tiba dari kampung di Kelantan dan mahu pulang ke rumah terletak tidak jauh dari lokasi kejadian.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Update: SUSPEK meninggalkan kenderaan serta tiga kanak-kanak di hadapan sebuah kuil Hindu sebelum melarikan diri, awal pagi semalam.

 

Sumber: Harian Metro

Loading...

Leave a Reply