GAMBAR: Mercun Papan Dihasilkan Menggunakan Keratan Kertas Al Quran Berjaya Dikesan

GAMBAR: MERCUN PAPAN DIHASILKAN MENGGUNAKAN KERATAN KERTAS AL QURAN BERJAYA DIKESAN

 

Dalam keghairahan umat Islam menyambut lebaran Syawal, ramai anak muda akan menjadikan bahan terlarang seperti mercun dan bunga api untuk memeriahkan lagi perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Baru-baru ini telah menajdi viral di laman sosial di mana ada seorang pengguna laman sosial memuatnaik menunjukkan gambar mercun papan buatan China menggunakan cebisan Al Quran untuk membalut bahan letupan berkenaan.

Gambar tersebut telah dimuatnaik pada 18 dan 19 Julai lalu oleh sebuah laman Facebook “PAPPA PAPPA AZEH CHA Hartaal % NAA GOBUR AAZEH CHU Curfew” yang berpengkalan di Pakistan tetapi telah menjadi viral sehingga ke Malaysia.

Mereka mendakwa menjumpai mercun yang dibalut oleh kertas Al Quran berkenaan di daerah Kashmir.

GAMBAR: Mercun Papan Dihasilkan Menggunakan Keratan Kertas Al Quran Berjaya Dikesan

GAMBAR: Mercun Papan Dihasilkan Menggunakan Keratan Kertas Al Quran Berjaya Dikesan

Bagaimanpun kita sebagai umat Islam harus berhati-hati dengan perkara ini walaupun kes ini belum dilaporkan berlaku di negara kita.

Bagaimanapun ini bukanlah kes pertama yang dilaporkan kerana pada tahun 2014 lalu kes sama juga pernah berjaya dijumpai di Kashmir.

Pada tahun 2013 pula seorang perniaga dari Nibung dan Matang Kuli Indonesia juga telah menemui mercun papan yang dibalut menggunakan ayat Al Quran. 

Sumber : Siakapkeli.my

Loading...

Leave a Reply