Senarai Filem Pendek/ Iklan Raya Yang Mampu Buat Anda Meraung Sedih!

SENARAI FILEM PENDEK/ IKLAN RAYA YANG MAMPU BUAT ANDA MERAUNG SEDIH!

 

MERCUN, ketupat, baju baru, lagu raya, bertemu keluarga serta sanak saudara, duit raya dan pelita. Itu antara elemen yang wajib ada setiap kali datangnya hari raya Aidilfitri.

Tapi jangan dilupa, satu lagi elemen penting yang menjadi kemestian dan ditunggu-tunggu tiap kali hari mulia itu adalah iklan raya! Betul tak?

Senarai Filem Pendek/ Iklan Raya Yang Mampu Buat Anda Meraung Sedih!

Senarai Filem Pendek/ Iklan Raya Yang Mampu Buat Anda Meraung Sedih!

Bila munculnya Ramadan, stesen televisyen mula menayangkan banyak iklan dari syarikat-syarikat mega yang menonjolkan pelbagai cerita, sama ada pengajaran, nasihat dan tak kurang juga komedi.

Namun semestinya, iklan yang menyentuh hati tetap menjadi pilihan ramai kerana ia menyelitkan 1001 makna tersirat tentang hari raya Aidilfitri. Semestinya, jalan cerita tentang hubungan antara anak dan ibu bapa menjadi subjek pilihan kerana ia sangat dekat dengan masyarakat kita.

Jadi, kami senaraikan beberapa iklan mahupun filem pendek raya paling menyentuh perasaan yang pernah dibikin sepanjang beberapa tahun lepas. Jom kita tengok!

Iklan raya Bernas yang ditayangkan pada 2012 ini memang benar-benar memahatkan satu perasaan pilu apabila menceritakan tentang perjalanan dua orang sahabat, Fizi dan Ahmad dalam misi mereka menziarahi ibu Ahmad.

Iklan ini sememangnya antara iklan yang paling diingati kerana mesej mendalam yang cuba disampaikan. Siapa tak ingat tentang iklan ‘Burung Murai’, kan?

Ia memaparkan tentang nila kasih sayang seorang bapa terhadap anaknya. Adakah si anak mampu untuk memberikan kasih sayang yang serupa kepada ayahnya apabila sudah dewasa? Tontonlah iklan ini.

Iklan raya ini juga menyentuh hati ramai penonton kerana ia memaparkan realiti kekeluargaan yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini yang mana anak-anak terlalu alpa dengan tugas sehingga menolak tepi tanggungjawab terhadap orang tua.

Anda jangan lupa, Tuhan itu maha adil!

Pada tahun 2013, syarikat cari gali minyak Petronas menerbitkan satu iklan yang menceritakan tentang pengorbanan seorang ibu dalam membesarkan anaknya sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi melihat anaknya berjaya dalam pelajaran.

Pereka fesyen tersohor, Rizalman Ibrahim turut tampil dengan iklan sendiri sempena pelancaran koleksi busananya sempena hari raya. Ia memaparkan jalan cerita tentang hubungan antara seorang anak dan ibunya yang sudah terputus, namun bertaut kembali. Ya, air yang dicencang tak akan putus, kan?

Pastinya, untuk tahun 2015, Astro dengan tema rayanya, Kosong Kosong, telah menampilkan satu kisah benar yang sangat menyentuh hati.

Iklan ini menerima pujian ramai apabila menceritakan tentang kemaafan yang dipohon dari seorang anak terhadap bapanya setelah dia terlanjur melakukan kesilapan ketika zaman mudanya.

Pastinya, iklan raya tersebut benar-benar membawa nilai hari raya iaitu saling memaafkan antara satu sama lain.

Sumber : Mynewshub

Loading...

Leave a Reply