Bapa Lapor Polis Murid Tahun Tiga Dirotan Guru Sampai Berbirat Kerana Minum Air Dalam Kelas

BAPA LAPOR POLIS MURID TAHUN TIGA DIROTAN GURU SAMPAI BERBIRAT KERANA MINUM AIR DALAM KELAS

 

Hanya kerana minum air di dalam kelas, seorang murid tahun tiga di sebuah sekolah di daerah Kulaijaya, di sini dirotan guru sehingga berbirat dibahagian punggung dan tapak tangan dalam kejadian 1 Julai lalu.

Mendedahkan perkara itu, bapanya, Saw Say Wei, 38, berkata tindakan guru pendidikan jasmani itu sebagai perbuatan melampau.

Disebabkan insiden berkenaan, beliau yang bekerja sebagai Pengurus Kejuruteraan di Singapura telah mendapatkan penjelasan daripada guru besar dan pihak pengurusan sekolah selain merujuk kes itu kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) selain membuat laporan polis.

Bapa Lapor Polis Murid Tahun Tiga Dirotan Guru Sampai Berbirat Kerana Minum Air Dalam Kelas

Bapa Lapor Polis Murid Tahun Tiga Dirotan Guru Sampai Berbirat Kerana Minum Air Dalam Kelas

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Johor, Aminudin Adam mengesahkan dakwaan murid tahun 3 dirotan oleh guru terbabit.

“Berdasarkan maklumat yang kita perolehi dari PPD Kulai benar insiden ini berlaku. Kes ini turut dirujuk kepada pihak Lembaga Tindakan Tatatertib Kementerian Pendidikan Malaysia untuk tindakan lanjut.

“Guru berkenaan juga telah dikeluarkan daripada sekolah terbabit dan kini ditempatkan di PPD Kulaijaya. Berhubung dengan insiden itu pihak kementerian yang akan membuat keputusan mengenai tindakan yang akan dikenakan,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini masih belum menerima surat perletakan jawatan guru lelaki berkenaan.

Sumber : Sinar

Loading...

Leave a Reply