Pukul Isteri di KK : Punca Kejadian Terjawab, Penganggur 20 Tahun Diberkas

PUKUL ISTERI DI KK : PUNCA KEJADIAN TERJAWAB, PENGANGGUR 20 TAHUN DIBERKAS

 

Seorang penganggur ditahan selepas satu video yang menunjukkan dia pukul isteri menjadi viral di media sosial.

Baca artikel terdahulu:

VIDEO: WANITA DITINGGALKAN DI TEPI JALAN SELEPAS DIBELASAH TERUK OLEH SEORANG LELAKI

Lelaki 20 tahun itu ditahan selepas kurang dari 12 jam kejadian berlaku.

Ketua Polis Komisioner M. Chandra berkata mangsa, pemegang kad IMM13 berusia 16 tahun, telah membuat laporan mengatakan bahawa dia telah dipukul oleh suaminya atas beberapa masalah keluarga.

Pukul Isteri di KK : Punca Kejadian Terjawab, Penganggur 20 Tahun Diberkas

Pukul Isteri di KK : Punca Kejadian Terjawab, Penganggur 20 Tahun Diberkas

 

“Lelaki itu ditahan di Sinsuran berhampiran tempat mereka tinggal, manakala mangsa telah dibawa ke hospital untuk rawatan,” katanya sambil menambah bahawa pasangan itu mempunyai seorang anak lelaki berusia 10 bulan.

Memetik laporan dari Harian Metro, kejadian berlaku setelah mangsa meminta wang untuk membli lampin untuk bayi mereka.

Sumber : SK

Loading...

Leave a Reply