Warga Korea terjatuh dari Banana Bot lemas

Warga Korea terjatuh dari Banana Bot lemas

banana boat

banana boat


ALOR GAJAH, 10 Julai (Bernama) — Seorang warga Korea dilapor lemas selepas terjatuh dari ‘banana boat‘ di sebuah resort di Port Dickson berhampiran Rumah Api Tanjung Tuan di sini Jumaat.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supt Muhammad Ismail Muhammad Yusuf berkata lelaki itu yang dikenali sebagai Choi Seung-yul, 74, beserta lima anggota keluarganya sedang menaiki bot apabila berlaku ombak kecil yang menyebabkan bot terbalik kira-kira 11.55 pagi.

“Kesemua mereka terjatuh ke dalam air namun sempat berpaut pada bot. Mereka kemudiannya diselamatkan nelayan yang berada berdekatan dan lelaki itu yang kelihatan lemah dan sesak nafas kemudiannya dibawa ke Hospital Port Dickson,” katanya.

Mangsa meninggal dunia di hospital kira-kira 3.55 petang.

— BERNAMA

Loading...

Leave a Reply