Misteri Bayi Perempuan 8 Bulan Buta Mata Lepas Dibawa Balik Dari Tadika

MISTERI BAYI PEREMPUAN 8 BULAN BUTA MATA LEPAS DIBAWA BALIK DARI TADIKA

 

Buta atau cacat selamanya

Segala-galanya bermula pada 5 Mac lalu apabila dia yang dihantar ibu bapanya ke sebuah tadika berhampiran rumah mereka di Seberang Jaya pengsan dan tidak bermaya secara tiba-tiba tanpa diketahui punca sebenar.

Menceritakan kembali kejadian itu, ibunya, Intan Safinaz berkata, dia seperti biasa menghantar bayinya ke tadika berkenaan, namun terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada ibunya memberitahu anak keduanya itu dimasukkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Misteri Bayi Perempuan 8 Bulan Buta Mata Lepas Dibawa Balik Dari Tadika

Misteri Bayi Perempuan 8 Bulan Buta Mata Lepas Dibawa Balik Dari Tadika

Itu nasib seorang bayi perempuan berusia lapan bulan, Izz Aireen Zahiyya Muhammad Mahthir yang hingga kini kesnya masih misteri apabila terpaksa dikejarkan ke hospital ketika berada di sebuah tadika di Bukit Mertajam.

Walaupun sudah dua bulan berlalu, anak bongsu kepada pasangan Muhammad Mahthir Abdul Talib, 30, dan Intan Safinaz Abd Aziz, 28, kini perlu mendapatkan rawatan pakar di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Jika dulu, dia seorang bayi yang sangat aktif, kini Izz Aireen Zahiyya hanya mampu merengek, tidak bertindak balas walaupun diacah dan matanya juga seolah-olah tidak dapat melihat objek berwarna.

Sumber : Metro

 

Loading...

Leave a Reply