Bila orang melayu berniaga pasti ada yang dengki

Bila orang melayu berniaga pasti ada yang dengki

ROSMAYAZAR menunjukkan kesan torehan pada khemahnya

ROSMAYAZAR menunjukkan kesan torehan pada khemahnya

Seramai 12 daripada 50 peniaga bazar Ramadan di Machang Bubok di sini, gempar apabila tiang dan khemah digunakan menjual juadah berbuka dirosakkan pihak tidak bertanggungjawab, semalam.

Peniaga makanan, Latifah Ahmad, 45, berkata, dia menyedari kejadian itu ketika melalui tapak bazar Ramadan itu jam 7 pagi ketika mahu membeli barang di kedai berhampiran.

“Saya terkejut melihat 12 tiang khemah rosak dan dipatahkan manakala bumbung khemah terkoyak seperti ditoreh dengan pisau.

“Kejadian yang pertama kali berlaku ini menjejaskan perniagaan kami dan menyebabkan kerugian,” katanya, semalam.

Penjual minuman, Rosmayazar Abdullah, 40, berkata, dua khemahnya didirikan untuk menjual minuman dikoyak dan ditoreh.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

 

Sumber: Harian Metro

Loading...

Leave a Reply