Ibu bapa bayi koma, Putri Wafa Saifudin disyaki didera ditahan polis

IBU BAPA BAYI KOMA, PUTRI WAFA SAIFUDIN DISYAKI DIDERA DITAHAN POLIS

 

Ibu dan bapa kepada bayi berusia empat bulan yang koma selepas disyaki didera di Sungai Petani ditahan polis, malam tadi. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya, berkata pasangan berusia 25 tahun dan 26 tahun itu ditahan selepas dipanggil untuk diambil keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, dekat sini, jam 11 malam tadi.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan butiran mengenai sebab tangkapan dibuat kecuali untuk membantu siasatan berhubung kejadian menimpa bayi perempuan mereka itu.

Ibu bapa bayi koma, Putri Wafa Saifudin disyaki didera ditahan polis

Ibu bapa bayi koma, Putri Wafa Saifudin disyaki didera ditahan polis

Bagaimanapun, sumber ketika dihubungi berkata pasangan berkenaan dipanggil ke IPD Kuala Muda, susulan hasil laporan pihak hospital yang menemui kesan kecederaan lama pada mangsa.

Rabu lalu, bayi berusia empat bulan, Putri Wafa Mohamad Saifudin, dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani, selepas dikatakan mengalami sawan ketika berada di pusat jagaan kanak-kanak di Bandar Perdana, sebelum mangsa disahkan mengalami pendarahan pada otak serta mata dan kini berada dalam keadaan koma.

Polis yang menerima laporan dibuat bapa mangsa yang mengesyaki bayi berkenaan didera kemudian mengklasifikasikan kes mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Sumber : BH

Loading...

Leave a Reply