Bayi Empat Bulan Dipercayai Didera Pengasuh Alami Pendarahan Pada Otak dan Mata, Sawan

BAYI EMPAT BULAN DIPERCAYAI DIDERA PENGASUH ALAMI PENDARAHAN PADA OTAK DAN MATA, SAWAN

Jika sebelum ini Malaysia digemparkan dengan kes penderaan seorang kanak-kanak berusia lima tahun, kini satu lagi kes penderaan dilapor membabitkan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat bulan.

Dipercayai didera oleh pengasuh pada Rabu lepas, bayi itu mengalami pendarahan pada otak dan mata.

Mangsa, Putir Wafa Mohd Saifuddin yang baru saja empat hari ditempatkan di pusat jagaan terbabit dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani oleh pemilik pusat jagaan terbabit setelah dia mengalami sawan tidak sedarkan diri.

Bapa mangsa, Saifudin Seman, 26, berkata dia menerima panggilan dari pemilik pusat jagaan terbabit yang mengatakan anak perempuannya mengalami sawan kira-kira jam 2.45 petang.

Bayi Empat Bulan Dipercayai Didera Pengasuh Alami Pendarahan Pada Otak dan Mata, Sawan

Bayi Empat Bulan Dipercayai Didera Pengasuh Alami Pendarahan Pada Otak dan Mata, Sawan

Menurutnya lagi, anak yang didera itu kritikal dan dikejarkan ke hospital pada jam 8 malam pada hari yang sama.

“Doktor pakar beritahu anak saya mengalami pendarahan pada otak dan mata dipercayai akibat digoncang dengan kuat atau terjatuh,” katanya memetik satu laporan dari Bernama.

Saifudin juga berkata pakar mengesyorkan beliau membuat satu laporan polis disebabkan terdapat unsur penderaan sehingga menyebabkan pendarahan yang serius pada mata dan otak.

Menurut Saifudin juga, dia dan isteri pelik melihat perubahan anaknya yang tidak aktif seperti biasa selepas mula ditempatkan di pusat jagaan terbabit.

“Kami ingat dia (bayi) mengalami perubahan itu disebabkan baru sehari berenggang dengan ibu bapa dan ia berterusan pada hari kedua dan ketiga. Pada hari kejadian anak kami berada dalam keadaan sihat,” katanya.

Dia juga turut memaklumkan anaknya itu kini mengalami sawan setiap tiga minit sekali.

“Kami menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pemilik pusat penjagaan itu,” katanya.

Laporan polis telah dibuat pada hari Khamis.

Sumber : SK

Loading...

Leave a Reply