Putar Pandangan Ulama, Sisters In Islam Cakap Rambut Bukan Aurat

PUTAR PANDANGAN ULAMA, SISTERS IN ISLAM CAKAP RAMBUT BUKAN AURAT

 

Sisters In Islam ataupun turut dikenali dengan SIS, sekali lagi mencetuskan sensasi dalam ‘fatwa’ Islam yang didedahkannya.

Melalui ruangan Facebook beberapa hari lalu, SIS memuat naik satu status yang berpaksikan kepada ‘fakta’ bahawa rambut bukanlah aurat bagi seorang wanita dan cuba mengubah persepsi dengan soalan tentang kemungkinan ia satu budaya.

Bagi mengukuhkan kenyataannya, NGO tersebut turut memuat naik dua keping gambar yang memaparkan bahan rujukan mereka iaitu sebuah kitab hasil tulisan Syeikh Muhammad Thahir Ibn Asyur.

Putar Pandangan Ulama, Sisters In Islam Cakap Rambut Bukan Aurat

Putar Pandangan Ulama, Sisters In Islam Cakap Rambut Bukan Aurat

Namun demikian, ideologi songsang yang dibawa kumpulan feminisme tersebut dibidas sebuah NGO Islam terkenal menerusi kenyataan daripada Pegawai Penyelidik Majlis Ulama ISMA (MUIS), Ustaz Muhammad Firdaus Zailani.

Ujarnya, bahagian kepala termasuk rambut sememangnya diwajibkan untuk ditutup kerana ia merupakan sebahagian daripada aurat serta sudah jelas sejak sekian lama, malah banyak dalil ayat Al-Quran serta hadis yang menyentuh mengenainya.

Memetik kenyataan Firdaus dalam laman ismaweb, “Bukalah mana-mana kitab ulama silam jelas menunjukkan persepakatan mereka bahawa menutup aurat adalah wajib.

Perselisihan yang berlaku hanya dalam sekitar muka, tapak tangan dan kaki, selain daripada itu mereka sepakat akan pengharamannya.

“Yang jelas, sumber hukum aurat rambut meliputi ketiga-tiga sumber pengsyariatan iaitu Al-Quran, As-Sunnah dan Ijma.”

Selain itu, Firdaus turut mengkritik tindakan penyelidik Sisters In Islam, Afiq M Noor yang menggunakan hujah Syeikh Albani dan Syeikh Thariq Iwadullah untuk membuktikan fakta mereka serta menyifatkan ia sebagai tidak jujur dalam percubaan untuk menolak hukum aurat berkenaan.

Bahkan, ia turut dilihat sebagai satu tindakan untuk menjatuhkan kredibiliti para ulama kerana kedua-dua ulama berkenaan membincangkan mengenai perkara yang menjadi pertikaian sesetengah ulama iaitu tentang aurat muka dan tapak tangan, bukanlah aurat rambut kerana ia sememangnya sudah terang lagi bersuluh.

“Kalaulah benar mereka pendukung Al-Quran tak mungkin mereka akan pertikaikan hak perwarisan isteri, anak perempuan dan lain-lain kerana Al-Quran menyebut dalar masalah ini satu persatu.”

Lantas, beliau berkata, seseorang yang ingin memahami Islam yang sebenar haruslah merujuk kepada individu yang memperjuangkan Islam, bukanlah pihak yang hanya ingin memuaskan kehendak nafsu sendiri.

“Tindakan ini tidak ubah seperti tindakan Bani Israel yang beriman sebahagian daripada kitab Taurat apabila ia selari dengan kehendak mereka serta merahsiakan sebahagian lain akibat tidak selari dengan kehendak hawa nafsu. Waspadalah dengan mereka.”

Sumber : MYNEWSHUB.CC

Loading...

Leave a Reply