Kisah seorang ayah yang sakit sanggup jaga anak 13 orang sejak ditinggalkan isteri

Kisah seorang ayah yang sakit sanggup jaga anak 13 orang sejak ditinggalkan isteri

Ayah segala-galanya

Ayah segala-galanya

Kangar: Walaupun menderita penyakit angin pasang kronik, selain ditinggalkan isteri tercinta sejak setahun lalu, ia bukan penghalang buat seorang lelaki membesarkan 13 anak yang sebahagiannya masih bersekolah.

Othman Ismail, 56, berkata, dia tidak kisah bergolok-bergadai demi membesarkan anaknya berusia 10 hingga 30 tahun asalkan mereka selesa.

Menurutnya, walaupun ada anak yang sudah bekerja dan berkeluarga, tanggungjawabnya untuk menyara mereka yang masih kecil dan bersekolah tetap diteruskan walaupun tidak mempunyai pendapatan tetap selepas menghidap penyakit itu.

“Dulu saya pernah menjadi peniaga ayam di pasar Kampung Santan dan Kangar, namun selepas menghidap penyakit itu tujuh tahun lalu saya hilang punca pendapatan dan terpaksa mengambil upah kerja kampung seperti membaiki rumah atau bertani secara kecil-kecilan.

“Malah, demi anak-anak saya reda mencari rezeki walaupun dalam kesakitan, namun tidak sesekali mengeluh demi memastikan mereka dapat pakaian dan makanan secukupnya,” katanya di kediamannya di Kampung Sempering, di sini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Sumber: Harian Metro

Loading...

Leave a Reply