Si Penjual Taufu Fa Sado Jadi Kegilaan Gadis

SI PENJUAL TAUFU FA SADO JADI KEGILAAN GADIS

 

Walaupun cuma penjual taufu fa, namun seorang pemuda di Taiwan berjaya membikin ramai gadis cair dengannya kerana wajahnya yang tampan dan memiliki badan sasa.

Menurut laporan akhbar negara itu, lelaki berkenaan, Chen Yitin, 26, digilai ramai sehingga ada yang sanggup beratur panjang semata-mata ingin bertentang mata dengannya.

Si Penjual Taufu Fa Sado Jadi Kegilaan Gadis

Si Penjual Taufu Fa Sado Jadi Kegilaan Gadis

Bukan itu sahaja, dia turut mendapat gelaran penjual tofu fa paling kacak di Taiwan’ kerana rupa parasnya!

Melalui beberapa gambar, ia memperlihatkan Chen bekerja di sebuah gerai kecil milik keluarganya di wilayah Beitou di Taipei.

Walau bagaimanapun, ada segelintir pihak mendakwa Chen sengaja muncul sebagai pekerja di kedai taufu fa untuk meraih perhatian ramai.

Ia berikutan ada peminatnya yang menemui profil Facebook Chen yang mendedahkannya sebagai seorang model! Walau bagaimanapun, tuduhan tersebut dinafikan oleh agensi model yang menguruskan Chen.

Sumber : Mynewshub

Loading...

Leave a Reply