Lucu! Nama Minuman Paling ‘Cari Pasal’ Di Bazar Ramadan

LUCU! NAMA MINUMAN PALING ‘CARI PASAL’ DI BAZAR RAMADAN

AYAM golek, nasi kerabu, murtabak, lauk pauk dan kuih muih tradisional, semuanya ada dijual di sini.

Itulah keistimewaan bazar Ramadan, di mana bau-bau daripada makanan sahaja sudah mampu membuatkan dompet anda menjadi nipis.

Di bazar Ramadan Taman Wira, Kedah, jika anda ingin mencari air jagung terbaik untuk hidangan berbuka, apa kata anda ke gerai “Ayaq Jagung Pak Hang!”

Lucu! Nama Minuman Paling ‘Cari Pasal’ Di Bazar Ramadan

Lucu! Nama Minuman Paling ‘Cari Pasal’ Di Bazar Ramadan

Ya, anda tidak tersalah baca kerana nama yang digunakan mungkin membuatkan sesetengah pihak berasa kurang senang.

Nama ‘unik’ yang digunakan oleh peniaga di bazar Ramadan ini telah menjadi viral dan mendapat ribuan perkongsian di media sosial.

Dikatakan pemilik gerai air tersebut ialah Pakcik Hang, maka nama yang digunakan mungkin kedengaran agak lucu.

Menurut maklumat daripada isterinya pula menyebut, itu adalah panggilan manja suaminya.

“Haha actually pak hang tu panggilan manja dia la hehe…klu nk p bli make sure sblum kul 6 ye…btw he is my hubby,” tulis Syarifah Safura Aiedrus.

Gerai ini turut menggunakan tagline “Sedap Bagitau Kawan, Tak Sedap Bagitau Pak hang”.. heh.

Sumber : MYNEWSHUB.CC

Loading...

Leave a Reply