Bazar Ramadan kurangkan pahala isteri memasak – Datuk Md Daud Che Ngah

BAZAR RAMADAN KURANGKAN PAHALA ISTERI MEMASAK – DATUK MD DAUD CHE NGAH

 

Kewujudan bazar Ramadan hampir di setiap kawasan menjadi salah satu faktor pengurangan pahala isteri yang memasak hidangan berbuka puasa bersama keluarga.Bagaimana tidak, pendakwah bebas Datuk Md Daud Che Ngah berkata, peluang isteri yang mahu mencari pahala lebih kerana menyediakan makanan berbuka akhirnya terbantut akibat pembelian lauk dan kuih dari pasar Ramadan.

“Matlamat puasa rakyat malaysia tidak tercapai sangat sebenarnya. Apa yang seharus dilakukan tidak diikut, Nabi Muhammad dahulu berbuka dengan tamar, kalau tidak dia meneguk air dan kemudian bersembahyang.

Bazar Ramadan kurangkan pahala isteri memasak - Datuk Md Daud Che Ngah

Bazar Ramadan kurangkan pahala isteri memasak – Datuk Md Daud Che Ngah

“Kalau kita tengok di negara ini, kita harus tanya kenapa perlu ada pasar Ramadan? Apakah kita semakin jauh dari amalan yang dilakukan nabi, ia seperti menjauhi sunnah yang harus diikuti.

“Pembaziran pasti akan berlaku, lauk pauk dan kuih pasti akan berlebihan. Isteri yang hendak mengecap sedikit pahala semasa menyediakan masakan anak-anak dan orang berpuasa juga dilihat tidak mencapai matlamatnya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Md Daud mengulas kenyataan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yang mahu kerajaan mewujudkan Akta Pembaziran Makanan bagi mengelak pihak tertentu melakukan pembaziran terutama ketika bulan puasa.

Selain itu kata Nadzim, kira-kira RM9 bilion nilai makanan sudah dibazirkan ketika berbuka puasa sekali gus memberi tafsiran salah kepada permintaan pasaran semasa.

“Ramai masyarakat kini terperangkap dalam budaya berpuasa kena makan banyak mana, kemudian buang. Ini budaya yang saya takut boleh merosakkan masyarakat,” katanya ketika dilaporkan sebuah portal.

Sehubungan itu kata Md Daud, suami serta anak-anak dinasihat untuk tidak membeli pelbagai jenis juadah seandainya tahu isteri atau ibu mereka menyediakan makanan untuk berbuka puasa di rumah.

“Suami ke bazar Ramadan beli macam-macam, isteri di rumah juga masak, itu tidak dicampur anak-anak yang membeli belah juadah berbuka.

“Apabila sampai ke rumah, dihidang dan tidak habis selepas waktu berbuka. Jadi ia hanya membazir sekali gus semua yang terlibat menjadi kawan syaitan,” jelasnya.

Sebelum ini, satu undian di Astro AWANI mendapati pasar Ramadan di Stadium Shah Alam menjadi lokasi paling trending untuk membeli juada berbuka puasa tahun ini.

Sumber : Awani
Loading...

Leave a Reply