Ahmad Maslan Bangga Foto Nasi Goreng Dikongsi Ribuan Pengguna

AHMAD MASLAN BANGGA FOTO NASI GORENG DIKONGSI RIBUAN PENGGUNA

 

Walaupun dirundung kritikan setelah memuat naik dua keping foto ‘nasi goreng tanpa GST pada Sabtu lalu, namun Datuk Ahmad Maslan tetap berbangga setelah ia mendapat perkongsian tinggi di laman sosial.

Selain itu, Timbalan Menteri Kewangan tersebut enggan mempedulikan cakap-cakap belakang tentang foto tersebut dan menyifatkan tindakannya itu sebagai usaha untuk memberi penerangan kepada orang ramai tentang cukai GST.

Katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini, Ahmad berkata “3,335 retweet, saya tidak pernah dapat sebegitu banyak.

Ahmad Maslan Bangga Foto Nasi Goreng Dikongsi Ribuan Pengguna

Ahmad Maslan Bangga Foto Nasi Goreng Dikongsi Ribuan Pengguna

Ahmad Maslan Bangga Foto Nasi Goreng Dikongsi Ribuan Pengguna

“Itu rekod secara peribadi untuk diri saya kerana retweet sebanyak itu,” ujarnya lanjut.

Sementara itu, ketika menjawab soalan tentang penyembur serangga yang berada terlalu dekat dengan kuali, beliau mengakui bahawa dia tidak menyedari akan situasi tersebut.

“Saya pun tidak perasan (penyembur serangga). Saya tidak sembur Ridsect dalam makanan itu pun.”

Pada 13 Jun lalu, laman Twitter Ahli Parlimen Pontian itu dibanjiri kritikan apabila memuat naik foto nasi goreng yang tidak dikenakan cas GST, iaitu nasi goreng yang dibuat sendiri menggunakan bahan-bahan mentah.

Tulis Ahmad, “Sesekali sedia sarapan utk keluarga. Nasi goreng camput resepi tiada GST. Hidang terus. Lepas masak ini ada program UMNO.”

Ahmad Maslan turut pernah berkongsi resepi nasi goreng pada 6 Jun lalu menerusi laman sosial sama dan turut menerima reaksi negatif dari kebanyakan warga Internet.

Alahai, kasihan betul dengan nasib yang menimpa Ahmad Maslan, kan? Setiap tindak-tanduk yang dilakukannya pasti akan menerima kritikan dari masyarakat Malaysia.

Kalau difikirkan, inisiatif tersebut sememangnya baik dan niat beliau hanya untuk memberi informasi kepada orang ramai tentang perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan.

Entah kat mana silapnya, kan…

Sumber : Mynewshub

Loading...

Leave a Reply