163,007 penjawat awam akan dipotong gaji kerana tak bayar pinjaman PTPTN dan tak konsisten

163,007 penjawat awam akan dipotong gaji kerana tak bayar pinjaman PTPTN dan tak konsisten

163,007 penjawat awam terima notis potong gaji

163,007 penjawat awam terima notis potong gaji

Sejumlah 163,007 penjawat awam yang tidak pernah membuat pembayaran dan tidak konsisten menyelesaikan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menerima surat pemotongan gaji dalam masa terdekat.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam satu kenyataan hari ini, berkata surat berkenaan akan dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Beliau berkata mengikut pecahan kategori, penjawat awam pelbagai gred (kecuali Gred Jusa C, Gred 54 dan Gred 28) yang tidak pernah membuat pembayaran adalah sebanyak 32,803 orang.

“Penjawat awam pelbagai gred yang membuat pembayaran sekali-skala (tidak konsisten) adalah sebanyak 130,204 orang,” katanya.

Ali sebelum ini dilaporkan berkata langkah memotong gaji mandatori penjawat awam yang liat membayar hutang PTPTN hanya akan dilakukan sebagai jalan terakhir bagi menyelesaikan masalah itu. – Bernama

 

Sumber: Sinar Harian

Loading...

Leave a Reply