Cekik Darah! Selepas Kes Bendi, Roti Tisu Pula Dicaj RM11

CEKIK DARAH! SELEPAS KES BENDI, ROTI TISU PULA DICAJ RM11

 

Andai semalam, sebuah restoran nasi kandar popular cawangan Bukit Jambul, Pulau Pinang dikritik kerana mengenakan caj tak masuk akal iaitu RM20 untuk lima batang bendi, hari ini, kes hampir serupa berulang.

Kali ini, ia dikatakan berlaku membabitkan restoran sama cawangan Petaling Jaya apabila sekeping roti tisu dicaj pada harga RM11! Memang betul-betul cekik darah.

Cekik Darah! Selepas Kes Bendi, Roti Tisu Pula Dicaj RM11

Cekik Darah! Selepas Kes Bendi, Roti Tisu Pula Dicaj RM11

Cekik Darah! Selepas Kes Bendi, Roti Tisu Pula Dicaj RM11

Berdasarkan bukti resit yang tersebar di media sosial, sememangnya tuduhan yang dikemukakan si pengadu berasas kerana harga roti tisu yang tertera sememangnya RM11.

Selain itu, kedua-dua kejadian tersebut berlaku pada tarikh yang sama iaitu 23 Mac lalu.

Kita tunggu dan lihat apa jawapan si pemilik restoran terhadap kes ini pula. Takkanlah empunya diri nak menggunakan alasan sama iaitu kesilapan teknikal, kan?

Apa-apapun, seandainya kes tersebut benar-benar berlaku, pihak berkuasa patut mengambil tindakan tegas terhadap pemilik restoran nasi kandar berkenaan.

Nak mencari untungpun, biarlah ia setara dengan jualan yang dibeli, kan?

Sumber : Mynewshub

Loading...

Leave a Reply