Waktu Kerja Hanya 6 Jam Di Brunei Sepanjang Ramadan

WAKTU KERJA HANYA 6 JAM DI BRUNEI SEPANJANG RAMADAN

 

WAKTU bekerja bagi kakitangan awam di Brunei sepanjang Ramadan tahun ini diselaraskan kepada enam jam sahaja sehari bagi hari biasa dan cuma tiga jam setengah pada Jumaat.

Ini bermakna, sekiranya waklu bekerja bermula pukul 8.00 pagi maka pada pukul 2.00 petang penjawat awam sudah boleh pulang ke rumah.

Waktu Kerja Hanya 6 Jam Di Brunei Sepanjang Ramadan

Waktu Kerja Hanya 6 Jam Di Brunei Sepanjang Ramadan

Menurut portal FMT, jadual waktu baru itu dikeluarkan menerusi Surat Pekeliling yang ditandatangani oleh Setiausaha Tetap, Jabatan Perdana Menteri Brunei, Yahya Idris pada Isnin.

Sultan Brunei, Sultan Hasanal Bolkiah telah memberi perkenan terhadap pelaksanaan tersebut.

Menurut Pekeliling itu, pada Isnin sehingga Khamis, waktu bekerja bagi kakitangan awam ditetapkan pada jam 8 pagi hingga 2 petang.

Manakala pada Jumaat, operasi di pejabat awam bermula dari jam 8 pagi hingga 11.30 pagi.

Sementara itu, bagi pekerja-pekerja sektor swasta dan bergaji hari pula, masa bekerja akan dikurangkan selama satu jam dari waktu-waktu bekerja biasa. Penentuan waktu bekerja juga terserah kepada budi bicara kementerian dan jabatan masing-masing.

Sumber : Mynewshub

Loading...

Leave a Reply