Percaya tak? Di pasar ini peti sejuk, mesin basuh, perabot dan pinggan mangkuk dijual dengan harga 10 sen saja!

PERCAYA TAK? DI PASAR INI PETI SEJUK, MESIN BASUH, PERABOT DAN PINGGAN MANGKUK DIJUAL DENGAN HARGA 10 SEN SAJA!

 

Peti sejuk, mesin basuh, perabot malah pinggan mangkuk berjenama dan peralatan rumah dijual dengan harga 10 sen!

Kedengaran agak tidak munasabah, namun inisiatif itu diambil Persatuan Kepolisan Masyarakat (CP) Malaysia bagi membolehkan golongan tidak berkemampuan memiliki barangan keperluan terpakai dengan harga terendah.

Pengerusinya, Kuan Chee Heng berkata, barangan dijual pihaknya adalah hasil sumbangan orang ramai yang tidak mahu menggunakan lagi barangan itu kerana mahu membeli peralatan baharu.

Percaya tak? Di pasar ini peti sejuk, mesin basuh, perabot dan pinggan mangkuk dijual dengan harga 10 sen saja!

Percaya tak? Di pasar ini peti sejuk, mesin basuh, perabot dan pinggan mangkuk dijual dengan harga 10 sen saja!

Sumbangan itu dihantar ke rumahnya sebelum beliau dan ahli CP membuka tapak menganjurkan ‘Pasar 10 sen’ di kawasan pangsapuri kos rendah terpilih pada waktu yang ditetapkan.

“Memang semua barang ini hasil sumbangan orang ramai tapi kita kenakan bayaran 10 sen kepada mereka yang berminat (pembeli) supaya mereka ingat dan hargai pemberian,” katanya yang menganjurkan program itu sejak enam bulan lalu.

Menurutnya, pangsapuri kos rendah menjadi tumpuan lokasi pihaknya menganjurkan ‘Pasar 10 sen’ kerana percaya penduduk di situ lebih memerlukan barang dengan harga yang murah.

Lebih 5,000 barangan seperti perabot, pakaian, pinggan mangkuk, katil tilam, barangan elektrik sudah terjual dengan harga 10 sen kepada penduduk yang memerlukan.

Malah kepada pembeli mereka diberitahu secara jelas bahawa kesemua barangan itu bukan miliknya tetapi diserahkan individu yang tidak lagi mahu menggunakannya.

Menurut Chee Heng, bagi peralatan elektrik yang besar dan harga tinggi di pasaran, beliau akan pastikan hanya golongan yang benar-benar perlu layak membuat pembelian.

“Untuk barangan seperti peti ais, mesin basuh dan sebagainya, kita akan buat lawatan ke rumah pembeli untuk pastikan mereka tiada barangan itu sebelum pembelian boleh dibuat dengan harga 10 sen,” katanya.

Beliau yang berniat untuk memudahkan kehidupan golongan tidak berkemampuan bagaimanapun terkilan dengan sikap segelintir penyumbang yang menghantar barangan rosak dan menjadikan rumahnya sebagai tempat pembuangan sampah.

“Jika hendak memberi, berilah barangan yang masih boleh dipakai. Saya juga minta kepada mereka yang lebih berkemampuan, sebelum nak buang barang fikirlah masih ada yang memerlukan barangan itu.

“Jangan anggap saya macam tempat untuk buang sampah dan lemparkan semua barang rosak di rumah saya,” katanya.

Sementara itu, seorang pembeli, Masliza Mokhtar, 43, berkata, sebagai ibu tunggal dia bersyukur dapat membeli barangan terpakai dengan harga serendah 10 sen.

“Saya dapat beli bekas makanan terpakai berjenama terkenal, sebelum ini orang kaya-kaya saja boleh pakai tapi di pasar 10 sen, saya pun mampu beli, memang tak dapat harga macam tu di tempat lain,” katanya.

Mohd Shameer Mohd Rashid, 11, pula berkata, dengan adanya pasar 10 sen dia dapat membeli kasut yang menjadi idamannya selama ini.

“Emak tak mampu beli, tapi dengan harga 10 sen saya mampu bayar sendiri dan dapat kasut. Bolehlah guna untuk bersukan,” katanya.

Sumber : Sinar

Loading...

Leave a Reply