Abdul Hadi kekal Presiden PAS, kalahkan Ahmad Awang

ABDUL HADI KEKAL PRESIDEN PAS, KALAHKAN AHMAD AWANG

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjaya mempertahankan jawatannya bagi penggal 2015-2017 dengan menewaskan Ahmad Awang.

Beliau memperolehi 928 undi untuk menewaskan pencabarnya yang mendapat 233 undi.

Abdul Hadi kekal Presiden PAS, kalahkan Ahmad Awang

Abdul Hadi kekal Presiden PAS, kalahkan Ahmad Awang

Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas, Asmuni Awi.

Pengumuman keputusan itu disambut laungan takbir daripada beberapa penyokong Abdul Hadi yang masih berada di stadium tersebut.

Kemenangan Abdul Hadi telah dijangka ramai pihak sejak Ahmad mengumumkan untuk mencabar Ahli Parlimen Marang itu.

‎Kira-kira jam 4 petang tadi, seramai 1162 perwakilan telah membuang undi.

Sumber : Sinar

Loading...

Leave a Reply