Fathia Latiff Bengang Dituduh Bogel Dalam Filem Darah Panas

Fathia Latiff Bengang Dituduh Bogel Dalam Filem Darah Panas

 

Fathia Latiff merasa bengang apabila salah satu tajuk didalam artikel di sebuah portal popular Malaysia telah sedikit sebanyak mencalarkan imejnya apabila ia menjadi bualan ramai di media sosial.

Kandungan artikel tersebut menyatakan bahawa Fathia Latiff harus melakonkan babak yang memerlukan beliau untuk tampil tanpa seurat benang di dalam filem terbaru lakonan beliau. Walaubagaimanapun babak tersebut dilakukan melalui kaedah tipu helah kamera.

Fathia Latiff Bengang Dituduh Bogel Dalam Filem Darah Panas

Fathia Latiff Bengang Dituduh Bogel Dalam Filem Darah Panas

Pengarah filem tersebut yang bertajuk Darah Panas, saudara Arjin Uppal tidak menafikan terdapat beberapa adegan panas membabitkan Fathia dalam filem kedua arahannya, bagaimanapun ia tidaklah keterlaluan.

Ada ketika saya terpaksa menghalau kru produksi untuk memberikan keselesaan Fathia melakonkan adegan panas yang diperlukan. Hanya tinggal saya, Fathia dan pengarah fotografi saja. Saya rasa adegan yang dilakukan tidaklah keterlaluan.

Kali ini Fathia Latiff tampil berani melakonkan watak sebagai seorang pelacur bernama Syahana bakal menggemparkan industri perfileman Melayu tetapi jangan terlalu cepat menghakimi seseorang dan mencetuskan spekulasi anda sendiri.

Filem Darah Panas turut menampilkan beberapa aktor yang cukup hebat antaranya Sharnaaz Ahmad, Sofi Jikan dan Adam Corrie.

Sumber : Beautifulnara

Leave a Reply