Video Cara-Cara Tentera Solat Ketika Perang

Video Cara-Cara Tentera Solat Ketika Perang

 

Solat merupakan ibadat terpenting dalam kehidupan seorang muslim dan kepentingannya boleh dilihat apabila ia diperintahkan secara langsung oleh Allah dan Nabi Muhammad SAW melalui peristiwa Israk dan Mikraj.

Setiap manusia pasti berkehendakkan kebaikan dalam hidup, jadi solat merupakan hadiah daripada Allah kepada hamba-hambaNya untuk terus berada dalam kebaikan.

Justeru, Islam tetap menganjurkan penganutnya supaya menunaikan solat dalam apa jua keadaan meskipun ketika berperang atau lebih dikenali sebagai solat khauf.

Video Cara-Cara Tentera Solat Ketika Perang

Video Cara-Cara Tentera Solat Ketika Perang

Rasulullah pernah menunaikan solat khauf beberapa kali dengan pelbagai cara sebagaimana diterangkan secara terperinci dalam hadis.

Tujuannya untuk memberitahu bahawa solat hendaklah didirikan walau apa cara sekalipun dan kewajipannya tidak akan gugur sama sekali, meskipun ia hanya mampu dilakukan secara mengisyaratkan dengan gerakan anak mata.

Bagi Islam, solat merupakan tunggak agama yang tidak boleh diganti dengan tubuh orang lain atau harta benda.

“Untuk simulasi ini kita menjalankannya dalam tiga keadaan iaitu ketika musuh datang dari bertentangan arah kiblat, dari arah kiblat dan semua arah.

Untuk keadaan ini, imam akan membahagikan pasukan tentera muslimin kepada dua kumpulan dan kumpulan pertama akan menunaikan solat bersamanya sehingga selesai manakala kumpulan yang kedua akan kekal mengawasi keadaan.

“Kemudian berlaku pertukaran kumpulan yang mana kumpulan pertama akan mengambil alih tugas mengawal keadaan manakala kumpulan kedua akan menunaikan solat berjemaah bersama imam,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Bagi situasi kedua iaitu musuh datang dari arah kiblat, pasukan tentera muslimin akan berpecah kepada empat saf di mana mereka akan menunaikan solat dan ketika saf pertama dan ketiga rukuk bersama imam, dua saf lain iaitu kedua dan keempat akan berada dalam keadaan kiam dan bersedia menghadapi sebarang ancaman.

“Saf yang pertama dan ketiga kemudiannya akan menyudahkan solat mereka sehingga selesai. Sesudah itu saf kedua dan keempat pula akan menyudahkan solat mereka manakala saf pertama dan ketiga mengawal keadaan.

“Untuk situasi terakhir berlaku serangan dari pihak musuh dan mereka (tentera muslimin) mengambil tempat untuk menyelamatkan diri dan membalas serangan. Setelah selesai tentera muslimin akan menyudahkan solat mereka sama ada dalam keadaan duduk, berbaring atau berdiri mengikut kemampuan masing-masing.

Sumber artikel : Utusan

Loading...

Leave a Reply