Anita Sarawak Sudah 2 Bulan Tak Dapat Dihubungi – Noorkumalasari Risau Kakak Hilang Tiba-Tiba

Anita Sarawak Sudah 2 Bulan Tak Dapat Dihubungi – Noorkumalasari Risau Kakak Hilang Tiba-Tiba

 

 

Adik kepada penyanyi Anita Sarawak, Noorkumalasari berkata kali terakhir dia berhubung kakaknya itu adalah dua bulan lalu dan ini sekali gus mencetuskan kebimbangannya terhadap keadaan Anita.

Dalam portal Singapura, The New Paper melaporkan pada Selasa kali terakhir Anita dihubungi adalah pada Mac lalu dan percubaan untuk berbuat demikian sehingga sekarang gagal.

Kata Noorkumalasari, kebiasaannya Anita atau nama sebenarnya Ithnaini Mohd Taib akan menghubunginya pada setiap kali hari jadinya yang jatuh pada bulan April, namun kali ini tiada panggilan telefon diterima daripada kakaknya itu.

Anita Sarawak Sudah 2 Bulan Tak Dapat Dihubungi – Noorkumalasari Risau Kakak Hilang Tiba-Tiba

Anita Sarawak Sudah 2 Bulan Tak Dapat Dihubungi – Noorkumalasari Risau Kakak Hilang Tiba-Tiba

Keadaan ini telah mencetuskan kerisauan terhadap Noorkumalasari namun dia berharap dan berdoa agar Anita berada dalam keadaan sihat dan baik.

Ditanya mengenai tanggapannya buat masa ini, Noorkumalasari berkata dia merasakan 40% punca kakaknya menyepi adalah disebabkan penyanyi itu melancong atau atau menguruskan perkara lain.

Namun 60% lagi secara jujur hatinya terdetik perasaan mungkin dia sedang sakit kerana ini kali pertama mereka tidak bercakap dalam masa yang begitu lama

Cerita Noorkumalasari lagi, bukan sahaja dirinya malah Anita sudah tidak berhubung lagi dengan lima lagi adik beradiknya.

Malah panggilan dan mesej yang dikirim mereka tidak berjawab.

“Kawan baik dia juga gagal menjejaki Anita walaupun telah mengunjungi rumahnya di Amerika Syarikat,” jelas Noorkumalasari.

Kehilangan Anita sejak tahun 2013 dari persada seni sebelum ini dikaitkan dengan berita penceraiannya dengan suaminya Mohamad Mahathir Abdullah.

Dikatakan sejak itu, Anita telah membawa diri ke Las Vegas dan telah mengenakan hijab.

“Dari pengetahuan saya, khabar angin itu tak betul. Atas sebab itulah saya menghubunginya agar dia boleh perjelaskan perkara sebenarnya.

“Nak kata dia takut saya bertanya akan hal itu, mustahil. Ini kerana kami adik beradik dan kami sangat rapat, kami saling nasihat-menasihati sekiranya ada masalah,” katanya.

Walaupun kakaknya itu jauh di mata, namun Noorkumalasari tidak lekang mendoakan keadaan kakaknya setiap hari.

“Namanya sentiasa meniti dalam doa saya setiap hari. Saya harap peminat Anita Sarawak di luar sana teruskan berdoa agar Anita berada dalam keadaan baik,” kata Noorkumalasari .

Sumber : Murai

Loading...

Leave a Reply