Lelaki putus tangan kanan dilibas pedang ketika membeli burger

Lelaki putus tangan kanan dilibas pedang ketika membeli burger

Dilibas pedang sampai putus tangan

Dilibas pedang sampai putus tangan

Jertih: Seorang lelaki putus pergelangan tangan kanan selepas dilibas dengan pedang oleh dua lelaki bertopeng di sebuah gerai di Rumah Murah Kampung Raja, di sini, malam semalam.

Dalam kejadian 9 malam itu, mangsa berusia 22 tahun bersama rakannya berusia 20-an membeli burger di sebuah gerai di hadapan kawasan perumahan berkenaan.

Ketika kejadian, mangsa berada di depan sebuah kereta manakala rakannya pula di dalam kereta itu sebelum mereka dihampiri kereta Proton Wira.

Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Khaled Che Lah berkata, sebaik kereta berkenaan berhenti, dua lelaki tidak dikenali bersenjatakan pedang serta memakai topeng keluar dan menyerang mangsa beberapa kali.

Katanya, mangsa yang terkejut dengan serangan itu tidak sempat mengelak sebelum dua suspek itu segera melarikan diri meninggalkan mangsa.

“Mangsa yang parah di anggota badan termasuk putus pergelangan tangan di bawa ke Hospital Besut namun dipindahkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan untuk rawatan lanjut dan dilaporkan berada dalam keadaan separuh sedar.

“Rakannya yang di dalam kereta tidak cedera,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Loading...

Leave a Reply