Ramly Burger: Mula Berniaga Dengan Modal Hanya RM2000 Dan Pernah Di Tolak MARA Mentah-Mentah

Ramly Burger: Mula Berniaga Dengan Modal Hanya RM2000 Dan Pernah Di Tolak MARA Mentah-Mentah

 

Ramly Burger adalah salah satu syarikat Malaysia yang berjaya. Seperti bermulanya pelbagai syarikat, permulaan Ramly Burger juga mempunyai ceritanya tersendiri.

Ramly Burger telah dimulakan oleh Ramly Mokni yang berasal dari Tanjung Piandang, Perak. Beliau membesar di Selangor, dan mempunyai 16 orang adik-beradik.

Ramly Mokni mendapat idea untuk Ramly Burger pada tahun 1978 yang lepas. Ketika itu, isu halal dan haram menjadi topik utama – kerana kebanyakkan burger lembu hadir dari negara luar, dan status halalnya diragui.
Ramly Mokni kemudian memulakan Ramly Burger dengan deposit RM2000 di rumah pangsa di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Ketika permulaan, Ramly Burger dibuat secara manual, dan mereka menghasilkan lebih kurang 200 burger sehari.

Seperti biasa, modal memainkan peranan utama, dan beliau telah memohon pinjaman MARA ketika itu. Tetapi ia gagal kerana burger ketika itu masih tidak popular di Malaysia. Selepas permohonan ditolak, beliau turut memohon kepada Bank Pembangunan Malaysia Berhad, dan permohontan tersebut berjaya.

Ramly Burger: Mula Berniaga Dengan Modal Hanya RM2000 Dan Pernah Di Tolak MARA Mentah-Mentah

Ramly Burger: Mula Berniaga Dengan Modal Hanya RM2000 Dan Pernah Di Tolak MARA Mentah-Mentah

Seperti kebanyakkan perniagaan, pada awal pengenalan Ramly Burger, permintaannya rendah. Ramly Mokni mengambil langkah untuk membuka gerai di beberapa lokasi untuk memperkenalkan Ramly Burger ini kepada orang ramai dan mempromosikannya.
Bermula selepas itu, kejayaan Ramly Burger terhasil. Pada tahun 1985, pengeluaran dipindahkan ke Kawasan Industri Bandar Tun Razak, Cheras dan mencapai pengeluaran 100,000 burger sehari.
Sumber : Viraliyat
Loading...

Leave a Reply