Emmanuel Adebayor Rela Buang Keluarga

Emmanuel Adebayor Rela Buang Keluarga

Penyerang Tottenham Emmanuel Adebayor membuat satu siri pertuduhan di luar jangkaan terhadap keluarganya dan menafikan dakwaan dia kembali ke pangkuan mereka.

Dalam satu kenyataan sebanyak 877 perkataan dalam laman sosial Facebook, Adebayor mendakwa satu daripada adiknya Rotimi mencuri 21 telefon bimbit daripada Akademi Bola Sepak Perancis ketika dia mendapatkan tempat untuk adiknya itu.

Pemain yang beraksi dalam Liga Perdana Inggeris itu berkata, dia tidak dibenarkan untuk melihat adiknya yang meninggal, Peter ketika dia dalam keadaan sakit tenat dan hanya dimaklumkan oleh ibunya untuk memberikan wang semata-mata.

Emmanuel Adebayor Rela Buang Keluarga

Emmanuel Adebayor Rela Buang Keluarga

Adebayor turut memberikan wang kepada seorang lagi abangnya, Kola untuk pulang ke Afrika dari Jerman bagi membolehkannya menghadiri majlis perkebumian Peter namun kelibat abangnya itu tidak kelihatan.

Penyerang berusia 31 tahun itu yang dilaporkan menghalau ibunya keluar daripada rumah pada November lalu turut menyenaraikan senarai barangan yang dibeli kepada keluarganya ketika dia bergelar pemain bola sepak profesional.

Adebayor menegaskan bahawa dia memutuskan untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai perbalahan dengan keluarganya bagi memastikan ‘keluarga Afrika yang lain belajar daripada apa yang terjadi kepadanya.’

Pemain antarabangsa Togo yang kembali dalam kesebelasan utama pasukan menentang Manchester City Ahad lalu selepas menghabiskan masa dua bulan di bangku simpanan, mendedahkan perkara yang disifatkan terlalu peribadi dalam kenyataannya itu.

Dia menekankan bagaimana dia membayar wang kepada ibunya untuk datang ke London bagi menjalani pemeriksaan perubatan, membenarkan kakaknya untuk tinggal di kediaman mewah bernilai AS$1.2 juta (RM4.3 juta) di Ghana dan membantu satu daripada abangnya memulakan perniagaan selain turut membayar pelajaran anak-anaknya.

Adebayor yang berhijrah ke England pada 2006 apabila menandatangani perjanjian dengan Tottenham musuh ketat kepada Arsenal turut mendakwa bahawa dia menghantar ibunya untuk tinggal bersama bomoh terkenal dari Nigeria T B Joshua namun hanya bertahan selama dua hari.

Adebayor yang baru-baru ini bertemu penyerang Chelsea Didier Drogba untuk berbincang masalahnya berkata, dia kini menubuhkan satu yayasan di Afrika ‘seandainya dia meninggal dunia’.

Dalam satu kenyataan berasingan di Facebook, Adebayor berkata: ‘Ramai orang mencadangkan saya untuk mendapatkan nasihat daripada pemain berpengalaman Drogba.

“Baru-baru ini saya berbincang dengannya dan nasihat paling utama yang diberikan olehnya adalah melakukan perkara yang saya kehendaki dan apa yang membuatkan saya gembira. Selain itu patut memberi tahu keluarga supaya mencari pekerjaan.

Dia berasakan seperti mahu kembali ke Peace FM pada November lalu untuk menyangkal dakwaan yang dibuat adiknya Maggie bahawa dia menghalau ibunya keluar daripada rumahnya.

Kakaknya Margaret mendakwa dalam satu temubual bersama Peace FM bahawa alasan di sebalik keputusan yang dibuat oleh Emmanuel Adebayor adalah kerana menyangkakan bahawa ibunya seorang ahli sihir dan Adebayor berkata: ‘Saya tidak pernah menghalau ibu saya keluar daripada rumah. Dia yang memutuskan untuk meninggalkan rumah itu.

“Bagaimana saya mahu berhubung dengan ibu saya jika dia adalah yang memberi tahu semua bahawa kerjaya saya tidak akan ke mana-mana… jadi saya hanya terus melakukan apa yang saya mahu.

“Mereka perlu berhenti bercakap, mereka perlu berhenti menabur fitnah terhadap saya dan mereka patut membiarkan saya sendirian.

“Saya memberi rumah bernilai AS$1.2 juta (RM4.3 juta) di East Legon kepada seseorang yang mengatakan dia adalah kakak saya. Bolehkan anda bayangkan bahawa dia menyewakan rumah itu tanpa pengetahuan saya?

“Perkara itu jelas menunjukkan siapa sebenarnya yang melakukan perkara tidak sepatutnya.

Sumber : Metro

Loading...

Leave a Reply