Rahsia petua tradisional Jawa dan amalan berzikir rahsia wanita tertua di dunia

Rahsia petua tradisional Jawa dan amalan berzikir rahsia wanita tertua di dunia

Petua tradisional setiap kali jatuh sakit dan amalan berzikir juga tidak lekang dari mulut Embah (nenek) walaupun ketika mahu berjalan,” kata Mohd Ajma’in Mos, 42, cucu Yati Musdi, wanita berusia 116 tahun yang dipercayai manusia tertua di dunia sekarang.

Menurutnya, semua amalan berkenaan mungkin menjadi rahsia neneknya kekal sihat sehingga kini tanpa penyakit kronik.

Rahsia petua tradisional Jawa dan amalan berzikir rahsia wanita tertua di dunia

Rahsia petua tradisional Jawa dan amalan berzikir rahsia wanita tertua di dunia

Katanya, memang menjadi amalan neneknya mencari ubat tradisional dan ulam.

“Kalau sakit mata dia mencari daun sirih untuk direbus, dimasukkan ke dalam kain untuk dituam pada mata. Sakit perut pula, pucuk jambu batu direbus dan dimakan bersama garam.

“Jika Embah hilang selera makan, dia rebus lempoyang untuk diminum. Jarang sekali Embah makan ubat moden,kadangkala saja kalau sakit teruk,” katanya.

Menurut Mohd Ajma’in, telur setengah masak serta air beras yang ditumbuk dan digoreng antara diamalkan neneknya untuk kesihatan.

Sumber : Metro

Loading...

Leave a Reply