Tuah Doktor Gigi Mampu Hafal 30 Juzuk Al Quran

Tuah Doktor Gigi Mampu Hafal 30 Juzuk Al Quran

 

Menceburi kerjaya sebagai doktor gigi dan pada masa sama dianugerahkan Allah dengan daya ingatan yang baik sehingga mampu hafal 30 juzuk al Quran merangkumi 114 surah dan 6,236 ayat dalam kitab suci berkenaan.

Untuk mereka yang tidak biasa, kelihatan seperti agak sukar, bagaimanapun, perkara itu bukan halangan kepada Dr Nur Munirah Mohd Nor, 26, yang beranggapan kerana minat segala halangan dan kesukaran boleh diatasi dengan berusaha.

Tuah Doktor Gigi Mampu Hafal 30 Juzuk Al Quran

Tuah Doktor Gigi Mampu Hafal 30 Juzuk Al Quran

Anak kelima daripada lapan beradik itu diumumkan sebagai naib johan, sekali gus membawa pulang trofi dan sijil penghargaan bagi kategori 20 juzuk al-Quran pada Majlis Menghafaz al-Quran (Wanita) Peringkat Antarabangsa di Amman, Jordan berlangsung pada 20 hingga 25 April lalu.

Beliau adalah satu-satunya peserta dari Malaysia yang menyertai pertandingan itu yang mendapat penyertaan daripada 35 negara dan bagi kategori wanita sebanyak 10 peserta bertanding.

“Persaingan memang sengit kerana peserta dari negara Arab sudah tentu mempunyai kekuatan dari segi tajwid dan al-Quran itu sendiri adalah dalam bahasa Arab.

Sumber : Metro

Loading...

Leave a Reply