Mangsa gempa Nepal terdesak, bantuan lambat menjengah

Mangsa gempa Nepal terdesak, bantuan lambat menjengah

 

Beribu-ribu warga Nepal yang terdesak selepas gempa kuat 7.9 pada skala Richter kelmarin yang menyebabkan hampir 2,500 orang terbunuh, terpaksa tinggal di jalan dan tempat terbuka kerana tiada tempat berlindung.

Kumpulan yang terselamat tidak berani tinggal dalam rumah kerana bimbang dengan gempa susulan yang boleh terjadi bila-bila masa manakala pasukan bantuan yang agak lambat menghulurkan bantuan menyebabkan mangsa tiada pilihan selain tidur di kawasan terbuka.
Mangsa gempa Nepal terdesak, bantuan lambat menjengah

Mangsa gempa Nepal terdesak, bantuan lambat menjengah

Hampir di seluruh ibu kota ini, mangsa yang keletihan dan kebingungan selepas gempa memusnahkan rumah dan keluarga mereka, bentangkan tilam dan khemah segera mengikut kemampuan masing-masing di kawasan terbuka dan di atas jalan.

Mereka yang sakit juga tiada pilihan selain membentangkan tilam sendiri di kawasan terbuka sementara menunggu bantuan kerana hospital di Nepal juga tidak dapat menampung jumlah mangsa yang ramai.

Malah doktor dan pakar bedah di Kolej Perubatan Kathmandu, terpaksa membuka bilik bedah tambahan di dalam khemah di luar premis itu.

Orang ramai juga berebut-rebut mendapatkan air minuman daripada lori bantuan manakala kedai yang terselamat akibat gempa itu sudah kehabisan stok barangan terutama ubat-ubatan. Hampir 2,500 orang disahkan terbunuh akibat gempa itu, terburuk sejak gempa 8.0 pada skala Richter menggegar negara itu pada 1934 yang menyebabkan lebih 8,500 orang.

Dalam pada itu, selain beribu-ribu cedera akibat gempa itu, 17 turut disahkan terbunuh akibat runtuhan salji. – Reuters

Sumber : SK
Loading...

Leave a Reply