Dia Bukan Pasangan Saya Tapi Syatilla Melvin Punyai Ciri-Ciri Wanita Idaman – Shaheizy Sam

Dia Bukan Pasangan Saya Tapi Syatilla Melvin Punyai Ciri-Ciri Wanita Idaman – Shaheizy Sam

 

Pelakon Shaheizy Sam menyifatkan aktres Syatilla Melvin memiliki ciri-ciri wanita idamannya untuk dijadikan sebagai isteri.

Sam atau nama sebenarnya Shaheizy Sam Abdul Samad, 33, berkata, antara ciri-ciri wanita disukai ialah seorang yang tidak hipokrit, menghormati keluarganya, menjadi diri sendiri, rendah diri serta tidak berlagak dan ia dimiliki oleh aktres yang dikenalinya sejak enam tahun lalu itu.

“Saya memang bukan seorang yang mudah meluahkan rasa cinta. Seingat saya kali terakhir meluahkan perasaan cinta kira-kira enam atau tujuh tahun lalu.

“Dan Syatilla bukanlah pasangan saya tetapi kami rapat dan dia ada dalam senarai ciri-ciri seorang isteri yang saya mahu.

Dia Bukan Pasangan Saya Tapi Syatilla Melvin Punyai Ciri-Ciri Wanita Idaman - Shaheizy Sam

Dia Bukan Pasangan Saya Tapi Syatilla Melvin Punyai Ciri-Ciri Wanita Idaman – Shaheizy Sam

“Yang penting dia kena terima saya seadanya. Bagaimanapun setakat ini dia antara wanita yang paling rapat dengan saya dan kami selalu keluar meluangkan masa bersama,” katanya.

Sam ditemui pada majlis sambutan hari ibu dan doa kesyukuran sempena kemenangannya sebagai Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 (pada 5 April lalu) di pusat kecantikan Artisari di sini pada Ahad.

Baru-baru ini pada sebuah majlis hiburan, Sam membuat kenyataan bahawa dia sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga.

Namun dia tidak tahu siapa calon yang sesuai untuk dijadikan sebagai isteri.

Syatilla Melvin pula menyerahkan kepada Sam untuk mengumumkan mengenai apa sahaja perkara penting mengenai hubungan mereka berdua.

Sementara itu, Sam berharap kenyataannya itu tidak akan membuatkan pihak media kerap mengeluarkan cerita yang sama (kahwin) kerana risau sekiranya peminat-peminat bosan dengan isu yang sama datang daripadanya.

“Saya tahu, kenyataan saya yang meluahkan hasrat mahu berkahwin itu akan membuatkan pihak media akan mengeluarkan berita-berita berkaitan hal cinta sehingga saya dedahkan siapa wanita yang bakal menjadi isteri saya.

“Risau juga kalau peminat bosan asyik baca cerita sama sahaja. Apa-apapun, saya akan membuat sidang media khas jika saya akan berkahwin,” jelasnya.

Sumber : Mstar

Loading...

Leave a Reply